Sirul, Azilah bebas Najib makin tidak bebas Harakahdaily, 24 Ogs - TopicsExpress



          

Sirul, Azilah bebas Najib makin tidak bebas Harakahdaily, 24 Ogs 2013 KUALA LUMPUR: Dengan pembebasan Sirul Azhar dan Azilah Hadri semalam, persoalan yang bermain-main di fikiran rakyat ialah siapakah sebenarnya yang membunuh dan mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Menurut penulis Shahbudin Husin, di laman-laman sosial Facebook dan Twitter, isu ini menjadi paling hangat semalam dengan pelbagai pihak tampil sama ada meluahkan kemarahan, sindiran dan pelbagai tafsiran mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu. Baginya, walaupun Altantuya bukan warga Malaysia, rakyat kita tampaknya begitu prihatin dalam soal keadilan sejagat, lebih-lebih lagi kes pembunuhan melibatkan beliau merupakan kes yang dianggap berprofil tinggi. Sementara ada pihak yang gembira dan menitiskan airmata kerana pembebasan Azilah dan Sirul itu, ramai juga pihak yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita dengan keputusan itu. “Bapa Altantuya yang tentu paling kecewa menuntut kerajaan Mongolia supaya campur tangan dalam hal ini,” tulis beliau di dalam blognya. Baca lagi bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21569-sirul-azilah-bebas-najib-makin-tidak-bebas-
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 16:41:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015