Sistem giliran elak salah guna kuasa Shah Alam: Jabatan Kesihatan - TopicsExpress



          

Sistem giliran elak salah guna kuasa Shah Alam: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor tidak hanya menggunakan khidmat kakitangan Unit Vektor untuk melakukan operasi pemeriksaan jentik-jentik di kawasan kediaman, perniagaan atau pembinaan sebaliknya mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan kakitangan dari unit lain. Tindakan itu diambil bagi mengelak kewujudan ruang penyalahgunaan kuasa seperti yang dilaporkan di Negeri Sembilan yang membabitkan kakitangan jabatan itu. Pengarah JKN Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, sistem itu diamalkan sejurus perkara itu dilaporkan melalui media dan berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku di negeri ini. Katanya, beliau sentiasa menasihatkan semua kakitangan JKN Selangor supaya komited, berdedikasi dan jujur ketika menjalankan tugas agar khidmat yang diberikan mereka dapat memberikan impak positif kepada sesebuah organisasi dan bagi mengelak perspektif negatif masyarakat. “Hari ini saya dapat rasakan semua kakitangan JKN Selangor melihat perkara itu sebagai satu pengajaran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke-21 Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan Harian Metro 20 September lalu berhubung tindakan dua anggota JKN Negeri Sembilan yang dikatakan memasukkan jentik-jentik ke dalam kolam takungan di sebuah bengkel kereta di Bahau sebelum meminta sogokan RM50. Dr Azman berkata, tindakan itu mencemarkan imej jabatan kerana perkara terbabit tidak dilakukan pemilik premis, sebaliknya sengaja dilakukan penguat kuasa itu sendiri. “Menurutnya, penguatkuasaan adalah satu bentuk kawalan dan hanya berkesan sekiranya kedua-dua pihak yang mengkompaun dan yang dikompaun menunjukkan komitmen masing-masing,” katanya.HM
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 22:53:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015