Situasi Bilik Mesyuarat... C : Cik A, ada nak beri pendapat atau - TopicsExpress



          

Situasi Bilik Mesyuarat... C : Cik A, ada nak beri pendapat atau cakap apa2 x? A : Pada pendapat saya, saya bersetuju mengadakan kolaborasi.. Yang pertama sebab...(point belum habis) B : (Menyelit tiba2) Klu saya memang bersetuju sebab ianya....sambung hujah. A : (masih banyak pendapat xdilontar lg...) Apa yg cuba disampaikan dalam cerita rekaan yg ringkas ini, apabila seseorg diberikan ruang utk melontarkan pendapat/berkata sesuatu, biarkan yang bercakap itu menghabiskan pointnya terlebih dahulu. Jangan diselit melainkan dia sudah menyudahkan percakapan, atau dia sendiri yang meminta pendapat drpd ahli mesyuarat lain. Bagi B pula, B seharusnya tidak menyelit dalam ketika idea tengah dilontarkan melainkan meminta dengan kata izin laluan. Learn how to listen first. Tumpukan dan nilai sesebuah pendapat yg dilontarkan org lain sehingga habis hujahnya. Apabila sudah sampai ruang kita utk melontarkan hujah, silakanlah. Kepelbagaian idea itu adalah kelebihan & kebaikan. Selagi belum, maka dengarkanlah yang lain terlebih dahulu sehingga habis hujahnya dilontarkan. Jika tidak mendapat ruang/peluang melontarkan pendapat, maka mintalah ruang tersebut kerana kita juga berhak menyumbang lontaran buah fikiran. Situasi yg biasa berlaku dalam sesebuah mesyuarat. Cuma biasakan yg betul dan betulkan yg biasa. Bagi saya, ianya adalah adab dalam kita memastikan keadaan lebih harmoni dan menjaga silaturrahim. Learn how to respect first, before we expected to be respected. Jemput hadiri Halaqah Siswi UPM bersama Ustazah Nik Farhan pukul 12.30-2pm ini, dengan kupasan topik yang begitu menarik, SOLAT & WANITA? Bertempat di Surau An-Najihah KTDI, anjuran Helwani PMIUPM. Terbuka kepada semua. Jemput hadir ya ^_^
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 01:36:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015