Skrip Sama tapi pengurusan berbeza. Tahun 2009 menyaksikan - TopicsExpress



          

Skrip Sama tapi pengurusan berbeza. Tahun 2009 menyaksikan penghijrahan beramai player2 Perak ke negeri lain. Ketika pentadbiran kerajaan Perak bertukar kepada pembangkang, paling mendukacitakan Rakyat Perak, kantong dalam persatuan Bola Sepak Perak tiada lagi duit, mahupun sekupang. Dgn hanya mempertaruhkan pemain muda, Perak berjaya mengelak tersingkir ke liga Perdana, pada waktu itu yg ada hanyalah pemain tempatan bila mana persatuan bola sepak bangsat malaysia tidak membenarkn import bermain di liga Malaysia. 2012(December) Perak melakukan rombakan besar-besaran pemain setelah musim 2012 yg penuh suram. Kebanyakan Player2 yg disingkir dan ditendang adalah dari skuad Muda tahun 2009. Hampir 3 tahun mencari pengalaman dipentas aksi Liga Super pemain2 majoritinya anak negeri Perak disingkirkan oleh pengurusan baru, Setelah pengurusan tahun 2009 berubah tangan kepada kerajaan baru. 2013 Pengurus yg bijak pandai membeli player2 kebanyakannya masih cedera,memilih import tanpa melantik jurulatih terlebih dahulu. Dengan isu lampu itali dgn kos 4.6 juta, sedangkan ramai yg lupa pada tahun 2012, Kos baik pulih lampu yg telah disumbangkan oleh kerajaan Negeri Perak dgn nilai Kos 2.5 juta. Kenapa pada tahun ini masalah lampu masih berulang. Perlawanan liga Super menentang Kelantan di stadium Perak menyaksikan sekali lagi lampu itali dgn kos 4.6 juta terpadam dgn tiba2. Setelah tamat perlawanan Piala Malaysia, Pasukan Perak sekali lg dikejotkn dgn isu Rasuah. Pemain2 dituduh mengambil rasuah hanya kerana Perak kalah besar kepada pasukan Sarawak. Akhirnya Coach Azraai pun meletak jawatan. 2014? Meletak kepercyaan kepada hampir separuh pemain Piala Presiden, dgn pasukan lain berlumba2 mendapatkan pemain terbaik dan import terbaik, apekah peluang pasukan kita? Mungkinkah setelah 3 tahun nanti pemain2 presiden juga bakal disingkir seperti episod tahun sudah. Berapa lama pula harus kita menunggu untuk menjulang sebarang kejuaraan dgn pengurusan yg bodoh dan tak tau mengambil sejarah lalu. Perak sebuah pasukan yg penuh dgn sejarah, kini hanya gah pada nama. Pernahkah kita terpikir, kenapa begitu susah untuk memancing pemain2 Bintang tidak kira dari negeri kita sendiri mahu pun Negeri lain untuk berbakti kepada pasukan Bola Sepak Perak. Jangan lah kita terkejot jika Perak gagal menjulang sebarang kejuaraan musim dpn, pengurus dan presiden PAFA akan memberi alasan, kita hanya ada pemain2 muda saja. Seharusnya pengurus Perak meletak jawatan kerana kegagalannya. Disaat ada yg mengkritik dan mendesak Pengurus ini mengundur diri, ada pula pihak yg membelanya. Tanpa dia, Perak tak ada wang untuk membayar gaji pemain, sedarkah kome pafa holding,pafa Sport adalah milik beliau,ini belum lg melibatkan saham2 dalam pafa, jadi siapa yg tak ada duit, atau siapa yg menjadi perompak dan penyamun tarbus dalam pafa. Ayuh kita bertindak. Selamatkan Bola Sepak Perak. -Bunjut-
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 02:05:19 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015