Soalan: Apa hukum suami guna duit isteri untuk belanja nafkah - TopicsExpress



          

Soalan: Apa hukum suami guna duit isteri untuk belanja nafkah harian? Ustaz Azhar Idrus: Jawabnya HALAL .... jika ISTERI HALAL kan. Ingat ... Perbelanjaan harian yang perlu, adalah wajib atas suami walaupun isteri orang kaya, seorang kontraktor berpendapatan RM50ribu sebulan, manakala suami kerja konduktor bas berpendapatan hanya RM500 sebulan !! Suami tak boleh kata pada isteri, "yang ini awak bayar". Hukumnya HARAM kerana tanggung-jawab belanja nafkah harian adalah atas suami, melainkan isterinya kata, "oleh kerana abang takde duit, dok rok cetong, biar saya yang bayar". Ini baru boleh. Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isterinya bayar itu ini, "yang ni awak bayar, yang ni saya bayar". Hukumnya haram kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggung-jawab suami, melainkan isterinya halalkan, maka barulah boleh. Macamana dengan duit isteri yang suami telah guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang suami telah guna untuk buat belanja nafkah menjadi beban hutang yang suami wajib bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan. Pastu ada pulak yang kata, "ohhh kalau macam tu berat la, tak larat la ...". Haaa... kalau macam tu, mu jangan kahwin !!!
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 05:11:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015