Soalan: Apa komen ustaz tentang belanja hantaran kahwin sekarang - TopicsExpress



          

Soalan: Apa komen ustaz tentang belanja hantaran kahwin sekarang ni yang semakin tinggi? Ustaz Azhar Idrus: Itulah realiti masyarakat kita sekarang. Sepatutnya kita ikut apa yang Nabi kata, iaitu perkahwinan yang paling berkat ialah yang paling rendah maskawennya. Walaupun kita dah dengar hadis ni berulang kali tapi kita buat-buat tak dengar, seolah-olah apa yang Nabi kata tak ada apa-apa makna buat kita. Ini semuanya kerana kita tak mau berkat. Kita mau dipandang tinggi. Kita nak berlumba-lumba mencari kemegahan. Kita mahu banding siapa yang lebih tinggi hantaran kahwin. Jangan melampau dalam menetapkan jumlah hantaran kahwin kerana ada yang hantaran mereka RM88,888.88 pun bercerai-berai tak sampai 2 tahun!! Tengok nenek kita hantaran kahwin RM100 jer tapi sampai sekarang nenek masih panggil atuk kita "darling". Kikikiki....
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 07:47:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015