Soalan: Ramai yang masih tertanya, apa sebenarnya yang terkandung - TopicsExpress



          

Soalan: Ramai yang masih tertanya, apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak zaitun ini? Jawapan: Bismillah. Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung. Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi, boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak? Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya? - Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita. - Kuatkan rambut rapuh. (cara: RENDAM rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut) - Sebagai bahan utama kecantikan kulit. (cara: URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu]) - Mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka. (wrinkles and face tone) - Kulit cantik dan halus. - Pelembap dan penyegar muka. (cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam) - Kuatkan kuku. (cara:RENDAM kuku jari dalam minyak zaitun)
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 15:26:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015