Soalan UPSR 2013 BM kertas 3 (loghat tempatan) : 1- Apakah makna - TopicsExpress



          

Soalan UPSR 2013 BM kertas 3 (loghat tempatan) : 1- Apakah makna mentedarah ( ) Menderma darah ( ) Berlari dengan laju ( ) Makan dengan pelahab ( ) Mentera si dara 2- "Den dah kobaan tapi memasing bega". Dalam konteks apakah ayat ini boleh digunakan ( ) Ayah yang menyuruh anak-anaknya mengulangkaji pelajar ( ) Seorang majikan memarahi pekerjanya ( ) Guru menasihati anak muridnya ( ) Jurulatih bolasepak memberi kata semangat kepada pemainnya 3- Apakah maksud paling tepat untuk "tolanjang" ( ) Budak yang telanjang ( ) Seseorang yang di terajang ( ) Lelaki mata keranjang ( ) Meyuruh budak lelaki menelan sesuatu 4- "kecemeneh" bermaksud ( ) Penyakit kencing manis ( ) Buah nenas yang kecil ( ) Hal yang remeh temeh ( ) Kecederaan yang serius 5- Apakah maksud kolopey ( ) Autopay di tempat letak kereta ( ) sistem pembayaran melalui internet ( ) kemaluan kaum lelaki ( ) Anting-anting 6- "ekau kek sinun tu duk ontok-ontok". Ontok-ontok dalam ayat tersebut membawa maksud ( ) Baik-baik ( ) lawa-lawa ( ) hebat-hebat ( ) malu-malu 7- "kang kek ghumah tokki kek senanti tu kang ekau duk ontok-ontok yo". Apa makna ontok-ontok di dalam konteks ayat ini ( ) hati-hati ( ) menjaga adab ( ) berdoa ( ) diam 8- Apakah maksud bagi perkataan "kopai" ( ) Bag ( ) Bakul ( ) Mangkuk ( ) Talam 9- Apakah maksud ayat ini; " pok kek kau la jang" ( ) Saya sudah putus asa ( ) Bagikan kek itu kepada Ujang ( ) Terpulang pada anda ( ) Mereka bertepok menyokong ujang 10- "goliden" bermaksud ( ) Sejenis jenama cat ( ) saya berasa kelakar ( ) Ini guli saya ( ) sejenis pisau pemotong 11- Di bawah adalah nama tempat di Negeri Sembilah kecuali ( ) kolopirlah ( ) gomeh ( ) ghombau ( ) simpang ompek 12- "senia" bermaksud ( ) di sini ( ) senja ( ) senang hati ( ) hampir 13- Apakah maksud "celait" ( ) Ubat pening ( ) Plug electrik ( ) lampu suluh ( ) celak 14- "dogheh la ekau ni". Apakah maksud dogheh dalam ayat tersebut ( ) cepat lah sedikit ( ) awak sangat cantik ( ) awak seorang yang bijak ( ) awak berjalan deras sangat 15- "Banyak kojo ni ha! Nak kupeh noneh mo ni ha. Kontang tu ha tak bokupeh laie". Apakah maksud yang paling tepat yang menerangkan situasi di dalam ayat itu ( ) mencari rumah orang bernama bokupeh dan noneh ( ) Perbualan di pasar malam ( ) Perbincangan di dalam ladang kentang ( ) Perbualan di dapur sebuah majlis kenduri 16- Apakah maksud "tak koso den doh" ( ) Saya tidak berkuasa dalam hal itu ( ) Saya tidak mahu melakukan pekerjaan itu ( ) Saya mahu gosok perabut itu ( ) Dia bukan seorang yang hodoh 17- maksud "nonggok" ada lah ( ) ulat gonggok ( ) tunggul kayu ( ) buah mempelam ( ) kayu cengal ( ) tiada satu pun di atas 18- makna "bolun" adalah ( ) belon ( ) balun ( ) bilik ( ) belum 19- "jom poie begholek". Apa kah maksud begholek dalam ayat ini ( ) kenduri kahwin ( ) bergolek ( ) majlis makan malam (dinner) ( ) bermain 20 - "jobo lah ekau ni". Apakah maksud perasaan jobo ( ) tinggi ( ) kacak ( ) hebat ( ) perasan 21- Apakah perkataan sama-erti dengan perkataan "bogik" ( ) hampeh ( ) polosit ( ) hogheh ( ) dogey 22- "tak senegheh" bermaksud ( ) tidak senonoh ( ) tidak betul ( ) tidak cantik ( ) tidak mahal 23 - apakah maksud perkataan "ghoman" ( ) romen ( ) romantik ( ) rupa ( ) taman 24 - "den nak poie memburan jap". Maksud ayat ( ) dia mahu ke kelas ( ) dia mahu ke kedai ( ) dia mahu solat sekejap ( ) dia mahu ke. 25 - maksud perkataan "ghemah" ( ) nasi yang bertaburan di luar pinggan ( ) khemah yang dipasang di majlis perkahwinan ( ) air yang tumpah di sekeliling teko ( ) bekas lebihan minyak masak hah cemano? Baghu tebeliak bijimato ekau..!
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 05:43:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015