Soalan Zahid yang sangat relevant "Mana hak asasi untuk polis dan - TopicsExpress



          

Soalan Zahid yang sangat relevant "Mana hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh. Kenapa pejuang hak asasi tidakpun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?" tanya Zahid dalam tweetnya. Mana hak asasi polis? Apabila KPN Musa Hasan kata MDN Hishamuddin campurtangan operasi polis?. Apabila polis diarah berbuat perkara busuk untuk parti kerajaan? Apabila polis akhirnya dicerca masyarakat dan dimarahi hakim? Apabila mereka akhirnya disuruh menangggung beban sbg kambing hitam? Sirul? Azilah? Dato Ramli? Mana hak punya harta dan tanah rakyat yg dirompak? Apabila hak org Asli Semenanjung dan Bumiputra Sabah Sarawak lesap disambar kerabat pembesar? Apabila khazanah negara senang2 jatuh ke tgn kroni? Mana hak asasi mangsa tembak? Apabila hak bapa dan anak Altantuya dinafikan wlpun bbrp kali berulang-alik dr Monggolia? Mana hak hidup mangsa bunuh? Mana hak hidup Ahmad Sarbini, Teoh Beng Hock (premis SPRM?), Aminur Rashid (penembak telah dihukum), Kugan, pegawai keselamatan kes Nedim? Mungkin Zahid mahu mengembalikan hak asasi kepada mangsa-mangsa ini agaknya selepas menuduh pejuang hak asasi tidakpun membela. malaysiakini/news/243416
Posted on: Wed, 09 Oct 2013 12:41:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015