[Sosial & Kemasyarakatan] Umum mengetahui bahawa masyarakat - TopicsExpress



          

[Sosial & Kemasyarakatan] Umum mengetahui bahawa masyarakat Palau’ atau Bajau Laut di Sabah yang dikenali sebagai Pelauh adalah masyarakat bajau laut asli yang amat terpinggir daripada arus pembangunan dalam semua aspek. Alhamdulillah HALUAN Malaysia melalui sukarelawan mereka di Sabah mengorak langkah dengan menubuhkan PPMI - sebuah entiti Pendidikan atau Sekolah Harian. Pusat tersebut ditubuhkan oleh HALUAN semata-mata untuk membantu aspek pendidikan khusus untuk kanak-kanak yang berumur di antara tujuh hingga 12 tahun. Tabika Bimbingan Insan pula dibuka untuk kanak-kanak yang berumur di antara lima ke enam tahun. Pendidikan secara percuma ini dijalankan mulai 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari setiap hari. Para ibubapa mereka memberikan sokongan penuh terhadap kelas bimbingan yang diadakan mulai September 2011 sehingga kini. Kini seramai 315 kanak-kanak Palau’ sudah mampu membaca, menulis dan mengira (3M) serta mempelajari ilmu fardhu Ain.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 02:25:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015