Suara Kita Bahagian 5 Dari segi judul, didapati sebanyak 331 - TopicsExpress



          

Suara Kita Bahagian 5 Dari segi judul, didapati sebanyak 331 sajak berjudul yang secara langsung menggunakan perkataan sama ada “Merdeka” atau “Kemerdekaan” dengan kelainan dari segi judul penuhnya. Namun, ada pula judul-judul lengkap sajak-sajak dalam antologi ini serupa walaupun sajak-sajak itu adalah karya penyair-penyair yang berlainan. Sebagai contoh, 22 sajak yang berjudul “Merdeka” terdiri daripada karya-karya Merdeka Ahmad (muka surat 51), Baha Zain (muka surat 166), Rizi S.S. (muka surat 474), Saudah bt Mat Lazim (muka surat 514-515), Asrudin Abdul Jabar (muka surat 647-648), Halim Tarmizi (muka surat 685), Hireman Abdul Ghani (muka surat 699), Muna anak Lakat (muka surat 787-788), Noor Hidayah binti Mohd Yasin (muka surat 813), Noorisu Ismail (muka surat 821), Nur Sakinah Asmadey (muka surat 890), Nur Uzma Misbahul Munir (muka surat 891), Rusilawati Idris (muka surat 931), A. A. Halim (muka surat 984), Adinaduana (muka surat 1003), Hani IKM (muka surat 1050), Rizan Uda (muka surat 1166), Siti Khariah Mohd Zubir (muka surat 1218), Syed Harman Shah Syed Osman (muka surat 1237-1238), Tarmidzi Hashim (muka surat 1241), Zamzarinah Misnan (muka surat 1271), dan Mawarni (muka surat 1332). Bagi yang berjudul “Kemerdekaan” berjumlah 10 sajak iaitu karya Harussani Hj. Zakaria (muka surat 33-34), Nahmar Jamil (364) , Zurinah Hassan (592-593) , Che Norazila Che Ali (662), Duris anak Anjan (668), Nik Mira Izyame Alwi (798), Nor Azila Mat Jaafar (826-827), Saufiah Abu Nawas (941), Zaharah Ghazali (1252) dan M. Sabri Ibrahim (muka surat 1276). Sajak Mohd Sabri Ibrahim sedikit lain judulnya kerana ditambah dalam kurungan dengan “(Melihat kepada Pengertian, Pengisian dan Makna).”
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 04:16:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015