Subsidi rumah bukan penyelesaian utama Hazayani Zakaria, 08 Okt - TopicsExpress



          

Subsidi rumah bukan penyelesaian utama Hazayani Zakaria, 08 Okt 2013 KUALA LUMPUR: Subsidi ke atas rumah mampu bilik disifatkan sebagai serpihan kepada penyelesaian bebanan hidup rakyat selagi kerajaan tidak memikirkan cara terbaik dan holistik untuk menyelesaikan masalah asas. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sukar untuk kerajaan menyediakan subsisi ke atas pembinaan rumah mampu milik sekiranya masalah kenaikan harga minyak dan barang lain tidak mampu diselesaikan. "Bajet 2014 kalau hanya sediakan subsidi untuk bina rumah mampu milik, ia hanya serpihan kepada penyelesaian masalah lain dan masih tidak menyelesaikan aspek fundemental. "Saya tak anggap subsidi untuk rumah mampu milik merupakan pendekatan yang jitu. "Dalam keadaan cukai import, kos pembinaan yang mahal, bagaimana nak wujudkan subsidi untuk rumah mampu milik? Kenaikan harga minyak dan harga barang-barang lain tak dapat nak selesaikan masalah lain," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Menurut Salahuddin juga, pengumuman kerajaan sempena pembentangan bajet 2014 itu hanya untuk menyedapkan hati rakyat tanpa mempedulikan kenaikan kos hidup rakyat. "Subsidi rumah mamu milik itu tak akan jadi realiti selagi kenaikan barangan masih berlau dan ia hanya untuk sedapkan hati rakyat," katanya. Sebaliknya beliau menegaskan, Buku Jingga Pakatan Rakyat lebih relevan kerana memberikan tumpuan kepada pendidikan percuma dan penurunan harga minyak. "Saya berpendirian masih relevan Buku Jingga Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma, serta menurunkan harga minyak. "Kenaikan harga minyak memebrikan kesan berantai kepada kenaikan harga barang lan termasuk dalam industri pembinaan," katanya. Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik. , kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 09:08:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015