Sudah sampai masanya untuk kita mengangkat tangan mengiktiraf - TopicsExpress



          

Sudah sampai masanya untuk kita mengangkat tangan mengiktiraf kelemahan kita sebagai manusia dalam mentadbir kerenah dan gelagat manusia yang pelbagai. Pulanglah kepada syariat Allah yang menciptakan segala kerenah dan gelagat tersebut. Bukti iman kita bahawa Dialah yang maha bijaksana, maha tinggi dan maha agung kehabatanNya. Jangan pula disalah ertikan syariat Islam itu hanya pada hudud dan qisas semata2. Pendidikan islam perlu dimartabatkan, dijadikan aliran perdana sehingga mungkin pada masa akan datang kita bercakap tentang pensyarah, jurutera, doktor .. hafiz al-quran. Ekonomi islam perlu dilaksanakan secara menyeluruh, zakat dikutip dan diagihkan bukan disimpan seperti amalan masa kini, diagihkan sehingga mengeluarkan penerimanya daripada belenggu kemiskinan bukan lagi menjadi penerima secara bulanan@tahunan. Kelak bila mana manusia sudah tinggi kesedaran agamanya dan stabil ekonomi kewangannya, adakah di sana sebab untuk dia mencuri lagi, merogol lagi, membunuh lagi? Kalau masih ada itulah barah yang perlu dikikis daripada kehidupan kita melalui hudud dan qisas ... masya allah
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 01:20:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015