Sujud bantu jantung rehat Sesungguhnya sujud mempunyai 1001 - TopicsExpress



          

Sujud bantu jantung rehat Sesungguhnya sujud mempunyai 1001 hikmah yang menakjubkan. Dalam solat, cara bersujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu semua anggota sujud menyentuh bumi dan jari kaki dibengkokkan. Yazid berkata, keadaan ini memanjangkan umur jantung dan mengelakkan pengecutan salur-salur darah yang membawa kepada penyakit arteriosklerosis. Kadar denyutan yang paling rendah berlaku disebabkan kedudukan kepala yang lebih rendah daripada jantung ketika sujud. “Pada keadaan ini jantung tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah ke bahagian otak di kepala kerana aliran darah dipengaruhi oleh daya tarikan graviti semula jadi. Ketika ini lebih banyak darah mengalir ke otak dan menyebabkan otak menerima bekalan oksigen yang dibawa melalui darah. “Otak akan menjadi lebih sihat dan cerdas kerana mendapat bekalan oksigen yang banyak. Peter Russell dalam bukunya The Brain Book mengatakan kedudukan kepala di bawah meningkatkan kemampuan otak sebanyak 7 peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat. Dalam buku How to Increase Your Intelligence, Winger mengatakan kemampuan otak bertambah pada kedudukan kepala di bawah kerana peningkatan oksigen,” katanya. Dalam satu hadis daripada Wail Ibnu Hajar dia berkata, “Aku melihat jika Rasulullah SAW sujud, Baginda SAW meletakkan kedua lutut sebelum kedua tangan. Jika bangun, Baginda SAW mengangkat kedua tangan sebelum kedua lutut.” Menurutnya, apabila seseorang menjatuhkan diri untuk sujud dengan kedua lututnya maka dia sebenarnya menjaga keseimbangan belakang badan dan tulang belakang serta menjaga lengkungannya. Ini melindungi diri dari kemungkinan berlaku penyakit tergelincir tulang rawan.
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 02:18:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015