Sumber: Bro Zack Rahim Usaha FAM utk menswastakan Liga Malaysia - TopicsExpress



          

Sumber: Bro Zack Rahim Usaha FAM utk menswastakan Liga Malaysia adalah dipuji dan seharusnya dilaksanakan jauh lebih awal lagi. Ini selaras dgn seruan saya disini tahun lepas dimana sebuah badan swasta dilantik utk kendalikan Liga Malaysia, bukan syarikat milik FAM. Namun, it always never too late. Tetapi, utk itu ada beberapa issu yg FAM harus selesaikan dahulu jika serius mahu melaksanakan apa yg dirancang. Antara isu2 nya adalah: 1. Selesaikan masalah 1 pemilik memiliki 2 pasukan spt PKNS di FAS, T Team di PBNST, Sime Derby di KLFA dan paling parah ialah JDT di JFA. Arahan AFC sgt jelas bhw satu pemilik hanya boleh memiliki 1 pasukan dlm liga yg sama. Ini terjadi bila Bakrie Grup membeli pemilikan Arema Indonesia dan dlm masa sama mahu kekalkan Pelita Jaya di ISL. Atas larangan AFC, Akhirnya, Pelita Jaya di jual kepada kelab Bandung tp bukan Persib. 2. FAM harus selesaikan isu persatuan negeri. Arahan AFC adalah jelas dimana semua pasukan mestilah bertaraf kelab (FC) jika mahukan Liga Malaysia dinaiktaraf ke B atau A jika mahu beraksi di Asia Champions League. Skrg bertaraf D. Mengikut peraturan FAM sekarang, persatuan negeri tidak boleh tukar entiti. Ini terjadi kpd Kelantan yg cuba menukar kepada TRW FC melalui TRW Sdn Bhd. 3. Pengadil haruslah bertaraf professional dgn penubuhan sebuah badan professional utk kendalikan aktiviti mrk sepertimana di EPL dan NFL malah di ISL. 4. Semua kelab yg bertanding dalam Liga Malaysia haruslah menjadi pemilik bersama liga secara automatik dan mrk akan lantik seorang CEO utk laksanakan daily operations liga. Segala keuntungan hasil dpd sponsorship liga dan hak penyiaran TV mestilah diagihkan kpd kesemua stakeholder sbg pendapatan tambahan kelab. Ini diamalkan di EPL dan byk liga2 pro didunia termasuk Liga Super Indonesia. 5. FAM hanya bertanggungjawab keatas pembangunan semua pasukan nasional dan bantuan teknikal kpd persatuan2 negeri. FA Negeri pula hanya tumpukan pembangunan bolasepak Liga tempatan dan akar umbi serta pembangunan jurulatih. Tidak lagi menggunakan wang negeri utk bolasepak professional. Harap FAM ambil perhatian akan perkara2 diatas dan dpt laksanakan keranan harapan pemain dan peminat bolasepak Msia terletak di tangan mrk.
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 05:26:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015