~ Syukur Alhamdulillah..semoga tiada perubahan tarikh - TopicsExpress



          

~ Syukur Alhamdulillah..semoga tiada perubahan tarikh hendaknya...dpt g konvo sblm mjls~ Konvokesyen Institut Pendidikan Guru, November 2013 Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru untuk bulan November 2013 melibatkan graduan bagi Program Bachelor of Education - Teaching English As A Second Language (B. ED TESL), Program Bachelor of Arts In Science Of Language and lnformation Speacialising In Teaching French As A Foreign Language, Program Diploma Perguruan Lepas ljazah (PDPLI/KPLI) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (DPM) lnstitut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Majlis konvokesyen akan diadakan pada 18 hingga 22 November 2013, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pendaftaran dan Raptai adalah pada 16 dan 17 November (Sabtu dan Ahad). Majlis konvokesyen akan diadakan sebanyak sembilan sidang. Bakal graduan boleh melayari Portal Konvokesyen IPG untuk pengesahan kehadiran dan urusan konvokesyen pada atau selepas 1 Oktober 2013. MAKLUMAT SIDANG: SIDANG PROGRAM Sidang 5 20 Nov. 2013 (Rabu) 8.30 pagi KPLI j-QAF AMBILAN 2012 (BAHASA ARAB, PEND. ISLAM PENDIDIKAN KHAS & PENDIDIKAN ISLAM)
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 23:32:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015