Syurga, Neraka, Dosa dan Pahala dari bahasa Sanskrit? Ramai - TopicsExpress



          

Syurga, Neraka, Dosa dan Pahala dari bahasa Sanskrit? Ramai yang terkejut bila diberitahu bahawa perkataan syurga, neraka, dosa, pahala adalah dari bahasa sanskrit yang digunakan dalam Veda, kitab suci agama Hindu. Bila Islam datang ke rantau Melayu perkataan itu telah digunakan untuk menerangkan konsep-konsep yang digunakan oleh al-Quran bagi memudahkan kefahaman mereka yang baru menganut Islam. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kembali menggunakan istilah al-Quran, contohnya solat menggantikan sembahyang, jannah menggantikan syurga dan lain-lain. Bagaimanapun sesuatu yang menarik bila Veda turut menyebut syurga, neraka, dosa, pahala yang sama sekali berlawanan dengan kepercayaan Hindu hari ini tentang karma dan moksha. Setakat yang saya maklum Veda itu sendiri bermaksud Ilmu (al-`Ilm) dan terdapat kandungan yang mengajar tentang Tuhan yang maha Esa dan kebangkitan nabi akhir zaman. Menurut sejarah Hindu, Veda ini dikategorikan sebagai Sruti iaitu teks yang secara langsung turun dari Tuhan, manakala teks-teks yang lain seperti Puranas dan Upanishad adalah dari catatan memori manusia. Meskipun demikian, dalam Puranas dan Upanishad sendiri ada menyebut tentang Allah (istilahnya Alla) dan kelahiran Nabi akhir zaman. Penggunaan istilah syurga, neraka dan lain-lain menunjukkan pendakwah dahulu begitu hebat dalam ilmu perbandingan agama, mereka mengetahui istilah-istilah dan konsep-konsep sebenarnya berasal dari Islam atau agama Tawhid yang boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman manusia yang baru menganut Islam. Saya pernah diberitahu oleh seorang rakan yang mengkaji tentang Dr Burhanuddin al-Helmy, perkara inilah yang menyebabkan Dr Burhanuddin al-Helmy beralih dari cenderung terhadap kaum muda (Salafiyyah) kepada kaum tua (Tasawwuf). Kajian PhD Dr Burhanuddin al-Helmy mengupas mengapa di rantau Melayu Islam masuk secara aman tiada pertumpahan darah, tetapi yang menganut Islam melebihi 90%.
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 05:32:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015