TAHAN DUA PEMANDU LORI, RAMPAS 2.97 KILOGRAM GANJA Sungai Siput, - TopicsExpress



          

TAHAN DUA PEMANDU LORI, RAMPAS 2.97 KILOGRAM GANJA Sungai Siput, 16 Jan - Polis menahan dua pemandu lori dan merampas hampir tiga kilogram ganja di kawasan parkir sebuah pasar raya di Jalan Lintang di sini, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintenden Kasuahdi Ali berkata kedua-dua lelaki berusia 25 tahun itu, yang menaiki sebuah motosikal, ditahan pada 7.20 malam oleh sepasukan polis dari bahagian Narkotik. Kedua-dua suspek ditahan bersama-sama tiga balutan plastik lut sinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 2.97 kilogram dalam plastic hitam yang berada di dalam raga motosikal tersebut, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini. Beliau berkata dadah itu dipercayai diperoleh dari daerah berhampiran dengan harga RM2,350 dan dijual sekitar Sungai Siput, Kanthan serta Chemor dan dadah dalam ketulan mampat itu dipercayai akan diasing ke dalam paket lebih kecil untuk dijual secara sindiket kepada penagih. Kasuahdi berkata suspek dipercayai singgah di pasar raya itu untuk membeli barang keperluan sejurus mengambil dadah berkenaan dan mereka ditahan reman sehingga 21 Jan ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pemeriksaan polis mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian air kencing negatif dadah. - BERNAMA
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 14:13:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015