TAHUKAH ANDA - APA AKAN JADI KEPADA PETRONAS JIKA ANWAR JADI - TopicsExpress



          

TAHUKAH ANDA - APA AKAN JADI KEPADA PETRONAS JIKA ANWAR JADI PM... Petronas sumbang RM732 bilion kepada kerajaan dari 1974 Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri / 10 hours ago KUALA LUMPUR 2 Okt. - Jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhannya pada 1974 hingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 ialah RM732 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, dividen terkumpul adalah sebanyak RM278 bilion, bayaran hasil petroleum (RM124 bilion), cukai pendapatan (RM310 bilion) dan duti eksport (RM20 bilion). "Petronas memang telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada negara sejak penubuhannya pada 1974," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini. Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan satu persatu sumbangan Petronas kepada kerajaan sejak penubuhan syarikat minyak negara itu dari tahun 1974 hingga kini. - BERNAMA
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 19:24:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015