TAHUKAH ANDA ? bahawa Maharaja Hongwu pernah mengarahkan pembinaan - TopicsExpress



          

TAHUKAH ANDA ? bahawa Maharaja Hongwu pernah mengarahkan pembinaan beberapa masjid di selatan China ? dan mengarahkan supaya menulis Seratus perkataan Epilog iaitu 100 huruf pujian bagi Islam, Allah dan rasul Muhammad. Dia mempunyai 10 jeneral Muslim dalam tenteranya. Isterinya Maharani Ma keturunan muslim, dan Zhu Yuanzhang pada asalnya merupakan ahli kumpulan pemberontak muslim yang diketuai oleh Guo Zhixin. Maharaja membina masjid di Nanjing, Yunnan, Guangdong dan Fujian. Zhu membina semula masjid Jin Jue di Nanjing dan sejumlah besar muslim Hui berpindah ke Nanjing semasa pemerintahannya. Dia memerintah ukiran yang memuji Nabi Muhammad diletakkan di masjid. Maharaja Yongle memerintah penubuhan dan pembaikian masjid semasa pemerintahannya. Dua masjid dibina olehnya, satu di Nanjing dan yang lain di Xian dan ia masih berdiri sehingga hari ini. Pembaikian digalakkan dan masjid tidak dibenarkan ditukar untuk kegunaan lain. Sumber : [Cowen, Jill S.. Muslims in China: The Mosque, Saudi Aramco World, July/August 1985, pp. 30–35. Dicapai pada 2006-04-08] - wallahualam ...
Posted on: Sun, 26 Jan 2014 12:18:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015