TANDA PUTERA: Sudah lama saya tidak menitis air mata sebak kerana - TopicsExpress



          

TANDA PUTERA: Sudah lama saya tidak menitis air mata sebak kerana filem terutama kerana filem Melayu. Akhirnya saya punya masa menontonnya setelah pulang dari kerja awal pagi ini. Ya, filem patriotik ini tidaklah sehebat filem-filem bertaraf Hollywood kerana kekangan bajet dan lain-lain, namun ia ada ISI YANG PENTING untuk disampaikan kepada generasi baru warga Malaysia terutama Melayu-Islam, bahawa negara kita sekarang aman sejahtera bukan secara "percuma", ia hadir dengan izin Allah melalui pengorbanan, keputusan serta penat jerih nenek moyang kita terdahulu termasuk para pemimpin awal negara ketika itu. Walaupun ada sedikit cacat cela dari segi props akibat kurangnya keperincian dari sudut produksi, saya akui bahawa ia filem yang mempunyai semangat serta paparan yang cukup berani, direct to the point. Cuma setengah jam terakhir dipenuhi babak air mata kerana memperlihatkan keadaan Tun Abdul Razak yang kian tenat. Tidak hairan juga kenapa puak kafir harbi DAP, Melayu liberal, dan Melayu fanatik PAS anti filem seperti ini, kerana ia tidak dari perspektif retorikal perjuangan politik mereka. Sudah lama industri filem Melayu kita kekeringan filem yang berunsur patriotik ini, bolehlah filem TANDA PUTERA ini mengimbangi filem-filem Melayu yang berunsur liberal seperti SEPET dan GUBRA karya Yasmin Ahmad yang sudah meninggal dunia itu. Dan sudah tentu sekali TANDA PUTERA lebih wajar ditonton berbanding filem KL GANGSTER 2 yang lebih mengarut memaparkan bahasa samseng macamlah di Malaysia ini tiada undang-undang sampai samseng (ala Kongsi Gelap Cina?) bermaharajalela bunuh orang begitu sekali. Kesimpulannya TANDA PUTERA ini adalah lebih kepada filem autobiografi pendek Tun Abdul Razak dan saya tidak faham kenapa ianya bertajuk TANDA PUTERA, kerana bagi saya filem ini sepatutnya berbunyi TANDA RAZAK.
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 09:51:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015