TARIKH & TEMPAT MELIHAT ANAK BULAN SEMPENA RAMADHAN 2013 Tarikh - TopicsExpress



          

TARIKH & TEMPAT MELIHAT ANAK BULAN SEMPENA RAMADHAN 2013 Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan PUASA ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 SYAABAN 1434 HIJRAH,menurut kenyataan Pejabat PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA hari ini. Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan RUKYAH dan HISAB. PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA akan MENGISYTIHARKAN pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu. Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut: - Pontian Kecil, Johor; - Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; - Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; - Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; - Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; - Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Lokasi lain ialah: - Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah MANJONG, PERAK - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; - Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; - Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; - Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; - Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; - Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; - Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan; - Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; - Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; - Tanjung Lubang, Miri, Sarawak; - Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; - Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; - Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; - Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; - Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang; - Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; - Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; - Menara Kuala Lumpur; - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan - Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 22:17:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015