TEORI PERKEMBANGAN MENURUT SIGMUND FREUD 1.Fase Oral : 0 – 1 - TopicsExpress



          

TEORI PERKEMBANGAN MENURUT SIGMUND FREUD 1.Fase Oral : 0 – 1 tahun Keuntungan : Kepuasaan/kebahagian terletak pada mulut Mengisap,menelan,memainkan bibir,makan,kenyang dan tidur. Kerugian : menggigit,mengeluarkan air liur,marah,menangis jika tidak terpenuhi. 2.Fase Anal : 1 – 3 tahun Keuntungan : belajar mengontrol pengeluran BAB dan BAK,senang melakukan sendiri Kerugian : jika tidak dapat melakukan dengan baik. 3.Fase Phalic : 3 – 6 tahun • Dekat dengan orang tua lawan jenis • Bersaing dengan orang tua sejenis 4.Fase latent : 6 – 12 tahun • Orientasi social keluar rumah • Pertumbuhan intelektual dan social • Banyak teman dan punya group • Impuls agresivitas lebih terkontrol 5.Fase genital • Pemustan seksual pada genital • Penentuan identitas • Belajar tidak tergantung pada orang tua • Bertanggung jawab pada diri sendiri • Intim dengan lawan jenis. Keuntungan : bergroup Kerugian : konflik diri,ambivalen. C. Latar belakang teori Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran social ( Social Learning Teory ) salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar social atau kognitif social serta efikasi diri. Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak – anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Teori kogoitif sosial (social cognitive theory) yang dikemukakan oleh Albert Bandura menyatakao bahwa faktor sosial dan kognitif serta factor pelaku memainkan peran penting dalam pembelajaran. Faktor kognitif berupa pengamatan siswa terhadap perilaku orang tuanya. Albert Bandura merupakan salah satu peracang teori kognitif social. Meourut Bandura ketika siswa belajar mereka dapat merepresentasikan atau mentrasformasi pengalaman mereka secara kognitif. Bandura mengembangkan model deterministic resipkoral yang terdiri dari tiga faktor utama yaitu perilaku, persnn/kogoitif dan lingkungan. Faktor ini bisa saling berinteraksi dalam proses pembelajaran. Faktor lingkuogan mempengaruhi perilaku, perilaku mempengaruhi lingkungan, faktor person/kognitif mempengaruhi perilaku. Faktor person Bandura tak punya kecenderungan kognitif terutama pembawaan personalitas dan temperamen. Faktor kognitif mencakup ekspektasi, keyakinan, strategi pemikiran dan kecerdasan. Dalam model pembelajarao Bandura, faktor person (kognitif) memainkan peranan penting. Faktor person (kognitif) yaog dimaksud saat ini adalahself-efficasy atau efikasi diri. Reivich dan Shatté (2002) meodefinisikan efikasi diri sebagai keyakinan pada kemampuan diri sendiri untuk menghadapi dan memecahkan masalah dengan efektif. Efikasi diri juga berarti meyakini diri sendiri mampu berhasil dan sukses. Individu dengan efikasi diri tinggi memiliki komitmen dalam memecahkan masalahnya dan tidak akan menyerah ketika menemukan bahwa strategi yang sedang digunakan itu tidak berhasil. Menurut Bandura (1994), individu yaog memiliki efikasi diri yaog tinggi akan sangat mudah dalam menghadapi tantangan. Individu tidak merasa ragu karena ia memiliki kepercayaan yang penuh dengan kemampuan dirinya. Individu ini menurut Bandura (1994) akan cepat menghadapi masalah dao mampu baogkit dari kegagalan yang ia alami. Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Kondisi lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola belajar social jenis ini. Contohnya, seseorang yang hidupnya dan dibesarkan di dalam lingkungan judi, maka dia cenderung untuk memilih bermain judi, atau sebaliknya menganggap bahwa judi itu adalah tidak baik Teori Perkembangan Erik Erikson Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang psikologi. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya. Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya. Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya. Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri. Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan. Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka. Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih. Individu ini mula mengenali diri sendiri. Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain. Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hati serta mementingkan diri sendiri. Peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya malaui segala krisis perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua. - Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan intelek. Menurut beliau, tahap perkembangan kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir, dengan ini tentu perkembangannya dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Beliau telah mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek. Iaitu: i. Perkembangan semasa bayi (Peringkat Deria Motor) Pada pandangan Piaget tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran deria motor, pra operasional, operasional konkrit, dan operasional formal. Pemikiran bayi termasuk ke dalam pemikiran deria motor, Tahap deria motor berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun. Selama tahap ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat dengan kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasi deria melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya, tetapi juga aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerak-gerak reflek. Pada akhir tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola deria motor mereka semakin kompleks dan mulai mengadaptasi suatu sistem simbol yang primitif, misalnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar ada. Pada peringkat ini, kanak-kanak banyak menggunakan deria motor (seperti memegang) untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Misalnya, apabila kanak-kanak ini menarik ekor kucing (aktiviti motor) ianya akan menghasilkan jeritan yang kuat (pengalaman kederiaan). Kanak-kanak juga belum memperoleh konsep kewujudan objek. Ini bermakna apabila suatu objek yang pernah dilihatnya telah disimpan, dia menganggap objek itu tidak ada lagi. Anak juga dapat menggunakan kata-kata sederhana, seperti “mama melompat”. ii. Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat Pra Operasi) Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra operasional (preoperational stage),yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Dalam tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak di organisasi secara baik. Pemikiran pra operasional adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada tahap pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pemikiran pra operasional juga mencakupi transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju. Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek yang dilihat di sekelilingnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya bersifat egosentrik,iaitu dia bercakap sendiri. Mereka juga tidak berminat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Topik perbualan berkisar tentang dirinya. Kanak-kanak belum memperoleh konsep pengekalan. Sifat pengekalan merujuk kepada bilangan atau jumlah sesuatu elemen tetap walaupun susunan atau penglihatannya telah ditukar ( dengan syarat bahan asal itu tidak ditambah atau dikurangkan) . Contohnya, apabila dua gelas yang diisi air (isi padu yang sama)dituangkan ke dalam Dua bekas yang berlainan; sebuah yang lebih tinggi dan sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek. Apabila disoal bekas manakah yang mengandungi lebih banyak air, kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan bekas yang tinggi dan sempit itu. Konsep transformasi juga belum diperoleh. Contohnya,apabila sebatang kayu diletakkan tegak dan kemudiannya diletakkan secara mendatar,kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perubahan yang berlaku itu. Lagipun, perhatian kanak-kanak dipusatkan kepada aspek-aspek yang tertentu sahaja. Berikut merupakan dua video yang membuktikan kebenaran teori Jean Piaget : iii. Perkembangan semasa pertengahan dan akhir kanak-kanak (Peringkat Operasi Konkrit) Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasi konkrit (concrete operational thought).Peringkat Operasi Konkrit ini bermula apabila anak-anak itu mencapai umur 7 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini,kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit (perkara yang boleh dilihat atau disentuh) . Walau bagaimanapun, keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea pada tahap ni adalah terhad serta bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh sahaja. Contohnya, kanak-kanak pada tahap ini tidak mampu untuk berfikir tentang konsep-konsep yang abstrak seperti demokrasi, keadilan dan seumpamanya. Tetapi pada tahap ini mereka mula menerima pendapat orang lain serta berupaya memberi perhatian kepada semua aspek. Kanak-kanak juga dapat memperoleh konsep ruang, kelajuan dan masa. iv. Perkembangan semasa remaja (Peringkat Operasi Formal) Dari perspektif teori kognitif Piaget (1983), maka pemikiran masa remaja telah mencapai tahap pemikiran operasi formal (formal operational thought), iaitu suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12 tahun dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Pada tahap ini kanak- kanak sudah mulai berfikir abstrak dan hipotesis dan pada masa ini juga kanak- kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi, iaitu sesuatu yang abstrak. Di samping itu, pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik, mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik untuk memecahkan masalah.
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 13:39:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015