TERESSA PORK KAKI RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA KATA THE DAP - TopicsExpress



          

TERESSA PORK KAKI RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA KATA THE DAP INSIDER.. (Perak Today) – Pendedahan blog DAP Insider mengenai skandal terbaru Teresa Kok tidak begitu mengejutkan. Masakan beliau masih boleh menyalak beliau adalah jaguh di dalam anti korupsi, bersih dan berintigriti sedangkan beliau tidak lagi diberi kepercayaan oleh parti DAP dan PR untuk terus bertanding sebagai ADUN di dalam PRU-13 yang lepas. Berdasarkan sumber blog di atas, penglibatan Teresa Kok di dalam amalan korupsi melibatkan ‘proxy’ beliau selama ini. TS Khalid telah membawa perkara ini ke pengetahuan pemimpin tertinggi DAP, dan perkara ini telah menyebabkan beliau tidak lagi dibenarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Amalan korupsi ini termasuklah satu projek yang bernilai RM1billion yang dianugerahkan kepada syarikat milik asing ke atas 2 lot tanah di Dengkil dan Kuala Kubu yang terletak di dalam daerah Sepang dan Hulu Langat. Yayasan Selangor mempunyai 2 lot tanah, satu di Dengkil di bawah daerah Sepang dan satu lagi di Kuala Kubu Baru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil yang berkeluasan 15.17 ekar (PT 39693) telah disewakan kepada Sekolah Agama Rakyat dengan kadar sewaan RM25 ribu sebulan. Manakala tanah di Kuala Kubu Baru (PT 521) yang berkeluasan 40 hingga 50 ekar telah disewakan kepada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menempatkan 2 kem dengan kadar sewaan RM700 ribu sebulan, yang mana merupakan penyumbang keuntungan kepada Yayasan Selangor. Pada 14/12/2011, Yayasan Selangor telah menerima Surat Hasrat (Letter of Intent) daripada Goldsino Investment Development Limited yang berasal dari Zhuhai, China, untuk memulakan projek yang dikenali sebagai ‘Solar Photovaltaic Power Plant’ di atas kedua-dua tanah tersebut. Cadangan yang dikemukakan adalah menyewa kedua-dua lot tanah tersebut selama 25 tahun dan projek berkenaan dianggarkan bernilai RM1 billion. Dalam mesyuarat pengenalan, kedua-dua wakil daripada Goldsino Investment Development Limited telah memaklumkan bahawa mereka mengenali Teresa Kok. Fakta yang menarik dicatatkan di dalam Surat Hasrat daripada Goldsino Investment Development Limited kepada Yayasan Selangor adalah kenyataan “We would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project (Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada Yayasan Selangor kerana menjemput pihak kami untuk terlibat dalam projek di atas)”. Ini menunjukkan perbincangan awal telah dibuat di antara Teresa Kok dengan wakil daripada Goldsino Investment Development Limited (merujuk kepada Kok Chee Keong, Director of Goldsino Investment Development Limited (Malaysia)). Lanjutan daripada itu, pada 19/12/2011, Hafidah Haron, Pemangku Pengurus Besar, Bahagian Harta dan Pembangunan di Yayasan Selangor telah mengeluarkan satu memo kepada Pegawai Undang-Undang Yayasan Selangor untuk melakukan semakan ke atas syarikat Goldsino Investment Development Limited. Pada 22/12/2011, Yayasan Selangor telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada Goldsino Investment Development Limited yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah, Timbalan Pengurus Besar yang dilantik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Tan Sri Khalid Ibrahim.
Posted on: Mon, 10 Feb 2014 07:20:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015