TERKINI DAN PANAS !! : ALI GOMAAH : MUBARAK LEBIH BERAKAL - TopicsExpress



          

TERKINI DAN PANAS !! : ALI GOMAAH : MUBARAK LEBIH BERAKAL BERBANDING MURSI......AL SISI TIDAK MAHU HABUAN DUNIA Fadhilatul Syeikh Prof Dr Ali Gomaah, bekas mufti republik Mesir menyifatkan zaman pemerintahan Dr Mursi sebagai AJAIB dan Mubarak lebih berakal berbanding Presiden yang dipecat (Dr Mursi) kerana beliau (Mubarak) meletakkan jawatan dan tidak bertempur dengan rakyat.Ujar beliau lagi Jeneral Abdul Fattah Al Sisi, menteri pertahanan dan pengeluaran aset peperangan tidak mempunyai motif keuntungan duniawi. Tambah beliau lagi ketika menjadi tetamu dalam program MUMKIN menerusi channel CBC petang Jumaat semalam, "sesungguhnya Mursi telah memungkiri dan tidak berjaya mengotakan janjinya 100 hari pertama terhadap rakyatnya semasa memerintah.Ujar beliau, "kata2 terakhir Mursi dalam ucapan terakhirnya adalah seolah kata2 yang mewakili institusi kebajikan masyarakat dan koperasi kebajikan dan bukan mewakili negara). Beliau menjelaskan lagi seseungguhnya Mursi tidak akan kembali berkuasa dan beliau telah ditangkap.Berdasarkan kitab Fekh Islam, ianya disebut PEMERINTAHAN YANG TELAH DIKALAHKAN.Apabila pemerintah berkenaan ditangkap oleh rakyat, maka ianya menjadi sebuah kekerasan dan beliau (pemerintah) hendaklah menyerahkan pemerintahan bagi mengelakkan pertumpahan darah dan huru hara. Beliau menjelaskan juga, seseungguhnya Mesir mempunyai tentera yang kuat dan Rasulullah S.A.W telah memuji mereka.Sesiapa yang menghadapi tentera dengan bersenjata, orang itu akan dibunuh.Beliau turut menegaskan, sesungguhnya tentera Jeneral Abdul Fatah Al Sisi, Menteri pertahanan dan pengeluaran aset peperangan berusaha mencegah negara dari terjerumus ke kancah perang saudara, beliau tidak mahu sebarang habuan dunia, dan pangkatnya dalam tentera yang telah menggerakkan beliau untuk memecat Mursi. Beliau menjelaskan lagi, sesungguhnya "tentera telah memberi mursi dan kumpulan Ikhwan Muslimin hala tuju untuk meneruskan kehidupan" dan ujar beliau juga "jika tiada campur tangan tentera, nescaya berlaku perang saudara sesama rakyat Mesir dan dengan itu, pemerintah akan turut dibunuh". Ujar beliau, "Syeikhul Azhar dan seluruh rakyat Mesir dengan dibantu oleh tentera telah memecat Mursi maka Ikhwan Muslimin tidak berhak bercakap kerana Mursi bukan lagi mempunyai kuasa yang sah".Tambah beliau lagi, "kata-kata yang mengungkapkan apa yang berlaku sebagai RAMPASAN KUASA hanyalah satu tipu helah dari iblis". Beliau turut menjelaskan, "Mubarak lebih berakal berbanding Muhammad Mursi kerana beliau menyedari, dengan revolusi Januari, beliau tidak mampu memerintah Mesir dengan kemarahan rakyat". P/S : Sila buka paparan asal untuk melihat teks asal dan rakaman video kata2 beliau secara lisan.
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 05:30:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015