TERKINI:LELAKI BANGLADESH MILIKI 5 PREMIS MENCUCI KENDERAAN - TopicsExpress



          

TERKINI:LELAKI BANGLADESH MILIKI 5 PREMIS MENCUCI KENDERAAN BEROPERASI MENGGUNAKAN PEKERJA RESTORAN!! Hebat! Itu perkataan pertama terpancul dari mulut saya tatkala bertemu lelaki warga Bangladesh memiliki 5 premis mencuci kenderaan, car wash di Sungai Buloh, Selangor. Bertindak berpandukan maklumat disalurkan oleh orang ramai berhubung premis mencuci kenderaan dimonopoli oleh warga Bangladesh, saya dan sahabat, Mohd Razali Harun, anak kelahiran Sungai Buloh, SHAH ALAM, Selangor, melakukan tinjauan petang tadi. "Sebelum ini, itu (penguatkuasa Jabatan) Imigresen datang operasi saya punya car wash sana Bandar Baru Sungai Buloh, tangkap 4 orang pekerja, tahan 10 hari. Dia orang (Jabatan Imigresen) kasi lepas sebab sama company, sektor sama, service. Saya punya lesen pun itu Imigresen angkat juga," DAKWA Jasim Sheikh Nuru. "Penguatkuasa Jabatan Imigresen merampas you punya lesen? Betul ke? ," soal saya sebaik mendengar kenyataan meragukan itu. Jasim mengaku bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia. "Saya pakai passport sahaja," ujarnya. Kami bukan pihak berkuasa justeru tidak berhak untuk meminta dan meneliti dokumen perjalanan warga asing itu. Tambahnya, dia memiliki sebuah restoran di Kampung Baru Sungai Buloh dan berikutan itu telah membawa masuk 29 pekerja dari Bangladesh menggunakan permit sektor perkhidmatan didakwa diluluskan oleh Jabatan Imigresen. "Lima orang kerja di restoran, lagi 24 orang kerja car wash di Bandar Baru Sugai Buloh dan di Paya Jaras," katanya. Dakwa Jasim, pekerja memegang permit sektor perkhidmatan (restoran) KONONNYA dibenarkan oleh Jabatan Imigresen untuk bekerja di premis mencuci kenderaan kerana mengikut pendapatnya, sektor pekerjaaan mereka sama. "MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) kasi keluar lesen sementara," katanya. Dia kemudian menunjukkan kepada kami, lesen perniagaan sementara dikeluarkan oleh MBSA dan tercatat namanya sebagai pemegang lesen. Timbul persoalan. Adakah sebagai warga asing, dia layak untuk diberikan lesen menjalankan perniagaan mencuci kenderaan oleh MBSA? Saya akan mencungkil maklumat lebih terperinci daripada pihak berkuasa tempatan itu dalam jangka waktu terdekat, In Sha Allah. Gambar dan laporan penuh di sni==>bit.ly/1cUqdFL
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 07:54:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015