TIAF mengeluarkan madu yang amat sesuai untuk tujuan Perubatan dan - TopicsExpress



          

TIAF mengeluarkan madu yang amat sesuai untuk tujuan Perubatan dan Pencegahan Penyakit. Sang faqir mula melibatkan diri dalam Pengkajian dan pembelajaran tentang Madu Lebah sejak dari tahun 1996 sehingga sekarang, daripada pelbagai pihak samada melalui pembelajaran tradisional mahupun moden, dengan sebab itu dalam perihal pemilihan madu lebah, baik sang faqir mahupun pihak TIAF agak cerewet. Sang faqir kongsikan sedikit maklumat ringkas tentang madu lebah yang semoga dengannya dapat membuka minda masyarakat tentang kebaikan dan manfaat Madu Lebah. Madu merupakan cairan pekat dengan rasa manis yang dihasilkan oleh serangga ajaib yang digelar lebah. Lebah mengumpulkan cairan ini dari nektar bunga lalu menyimpannya di dalam kantung madu yang terletak pada bahagian abdomen. Lebah memerlukan nektar sebagai sumber tenaga. Nektar adalah persenyawaan kompleks yang dihasilkan kelenjar tanaman dalam bentuk larutan gula. Proses penukaran nektar menjadi madu adalah ketika nektar dibawa lebah pekerja menuju sarangnya. Lebah mengeluarkan enzim yang mampu mengubah sukrosa menjadi gukosa dan fruktosa. Dalam masa yang sama, glukosa diubah lagi menjadi asid glukonik dan hidrogen peroksida. Asid glukonik memberi kesan asid pada madu sehingga pH-nya pun menjadi rendah. Hasilnya, bakteria, kuman, dan mikroorganisma sukar untuk berkembang di dalamnya. Yang turut istimewanya, lebah madu mengurangkan kandungan air pada nektar yang sehingga rendahnya unsur air tersebut untuk memberi perlindungan daripada berbagai-bagai jenis mikroorganisma. Oleh sebab itu, madu yang baik adalah dari kalangan madu yang keadaan pepejalnya melebihi kandungan cecairnya. TEMPOH MATANG Lebah menjaga kelembaban agar madu tidak rosak. Suhu sarang dijaga pada 35 darjah celcius selama 10 bulan- 1 tahun. Jika suhu kurang atau lebih daripada had ini, madu akan kehilangan gizinya. Terdapat ‘Pasukan Khas’ yang bertugas menjaga keawetan dan ketahanan madu. Bukan itu sahaja, malahan lebah juga bertanggung jawab menjaga kualiti madu dari segala hal yang memungkinkan terjadinya kerosakan madu seperti masuknya benda asing dan pencemaran udara yang terjadi di luar sarangnya. Andai kita cuba memasukkan benda asing ke dalam sarang lebah, maka lebah akan mempertahankannya dengan menyelaputi benda tersebut dengan getah lebah yang disebut Propolis. Fungsi Propolis sebenarnya adalah menutup dan membaiki kerosakan pada sarang. Namun, propolis juga berguna mempertahankan sarang dari ancaman luaran. Zat ini hampir digunakan pada setiap aktiviti lebah. Propolis rasanya agak sedikit pahit dan kelat, ianya merupakan makanan ratu lebah. Proses pembuatan madu yang rumit ini yang membuat madu menjadi bahan makanan yang tahan lama. Manusia telah mengenal madu sejak ribuan tahun yang lalu. Asalnya, manusia menggunakan madu sebagai makanan dan minuman. Seiring meningkatnya kecerdasan ilmu pengetahuan dan teknologi, semakin banyak penemuan khasiat madu untuk kesihatan. ALLAH telah menyatakan keajaiban lebah madu ini di dalam KalamNYA : ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٦٩﴾ kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLAH) bagi orang-orang Yang mahu berfikir. Malahan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam juga bersabda ; الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, torehan pisau bekam dan cucuhan dengan api (kay). Sesungguhnya Aku melarang ummatKu (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari) Masyarakat Yunani dan Rom telah mempelopori penggunaan madu untuk mengubati hidung tersumbat atau selsema. Sementara itu, bangsa Mesir Kuno telah membuat pes dari madu untuk mengubati luka kesan terbakar dan luka-luka lain serta masih banyak lagi khasiat madu lainnya. Janji dan jaminan ALLAH tidak pernah salah malahan penuh rahsia jutaan khazanah. Untuk sebarang pembelian Madu Lebah keluaran TIAF (PTIAFM) boleh merujuk dengan Ustaz Anuwa Qolbu Solehin 0127625455 atau merujuk Page Madu Fateh
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 01:10:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015