TIGA LELAKI DITANGKAP BERHUBUNG KES CURI KERETA Besut, 22 Ogos - - TopicsExpress



          

TIGA LELAKI DITANGKAP BERHUBUNG KES CURI KERETA Besut, 22 Ogos - Polis berjaya menyelesaikan lima kes kehilangan kereta termasuk yang terbaharu di Melaka Tengah dan Pengkalan Chepa, Kelantan dengan tertangkapnya tiga lelaki pada Selasa dan semalam di Besut. Pemangku Ketua Polis Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata berikutan tangkapan itu polis menemui semula kereta jenis Proton Satria yang hilang di Melaka Tengah dan kereta jenis Perodua Kancil di Pengkalan Chepa, Kelantan semasa musim perayaan baru-baru ini. Ketiga-tiga suspek merupakan penduduk tempatan berumur antara 30 hingga 43 tahun, katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini. Mereka kini ditahan reman hingga Sabtu. Noor Zainy juga memberitahu bahawa polis menahan dua lelaki berumur 32 dan 39 tahun dan merampas 100 biji pil Methamphetamine di dua tempat semalam. Katanya sejumlah wang tunai turut dijumpai daripada seorang lelaki yang ditahan itu dan motosikal yang dimilikinya juga sebuah motosikal curi yang hilang di Pasir Akar, Hulu Besut pada 10 Ogos lalu. - BERNAMA
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 12:46:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015