TING MATI AKIBAT DITEMBAK SIBU: Keputusan bedah siasat terhadap - TopicsExpress



          

TING MATI AKIBAT DITEMBAK SIBU: Keputusan bedah siasat terhadap mayat Ting Liong Kuong yang dijumpai di dalam sebuah van di ka­wasan tanah lapang di Jalan Oya Lama di sini Sabtu lalu mendapati mangsa mati akibat ditembak. Bedah siasat yang dilaku­kan dalam satu jam mulai jam 11.10 pagi kelmarin menunjukkan kecederaan mangsa adalah disebabkan kecederaan fizikal. Bedah siasat tersebut dikendalikan oleh Dr Nor­liza Ibrahim selesai pada jam 2.45 petang semalam. Mayat Ting, 38, ditemui oleh seorang pekerja bu­ruh binaan pada jam 9 pagi semasa pekerja itu menghantar barang-barang binaan yang melalui lokasi terbabit. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata lelaki yang mati itu dipercayai ditem­bak kerana cuba mencuri beberapa ekor ayam sabung di sebuah ladang terletak di Batu 9, Jalan Oya di sini pada waktu subuh iaitu pada hari yang sama semasa penemuan mayatnya. Shafie menyifatkan kes tersebut selesai melalui penangkapan lima individu yang berjaya ditangkap. Sehubungan kes itu, lima individu ditahan dijangka membantu siasat kes dengan lebih terperinci berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi oleh polis. Difahamkan mangsa serta tiga rakannya dipercayai cuba mencuri ayam sabung di ladang terbabit, sebelum ditembak mati oleh pemilik ladang setelah tindakan mereka dikesan. Mayat Ting dibawa den­gan menaiki sebuah van oleh tiga rakannya ke sebuah tanah lapang di Jalan Oya Lama iaitu tempat pen­emuan mayat mangsa. Setibanya di lokasi terba­bit, mayat mangsa bersama van yang digunakan oleh mereka ditinggalkan di kawasan tersebut mana­kala tiga rakannya yang lain melarikan diri dan diper­cayai bersembunyi. Mayat Ting ditinggalkan di dalam van yang tidak mempunyai nombor pen­daftaran serta cukai jalan. Van yang digunakan itu adalah van yang dilaporkan hilang di Sibu Jaya pada April lalu. Tiga rakan si mati dan dua pemilik ladang terbabit kini direman sementara men­unggu perbicaraan lanjut. Si mati serta tiga rakannya itu turut terlibat dalam geng yang diberi mana ‘Geng Didi.’ Shafie, sebelum ini ber­kata Geng Didi dalam se­narai dikehendaki polis menceroboh ladang terbabit pada jam 4 pagi. Katanya, pemilik ladang terbabit berusia 29 tahun terjaga dari tidurnya selepas mendengar van memasuki ladang mereka dan meng­hubungi sepupunya melalui panggilan telefon. Menurutnya, anggota kumpulan itu berjaya men­curi tiga ekor ayam sabung dan apabila mereka beredar dari ladang terbabit, pe­milik ladang itu mengejar mereka dan serentak itu juga sepupu pemilik ladang itu datang sambil membawa senapang. Sepupu pemilik ladang terbabit yang berusia 35 tahun serta pemilik ladang itu turut bergaduh dengan Geng Didi. Polis percaya berlaku pergelutan di antara anggota kumpulan terbabit dengan kedua-dua sepupu tersebut dengan anggota kumpulan itu dipercayai menggunakan senjata tajam. Pemilik ladang tersebut dipercayai melepaskan tem­bakan kepada kumpulan terbabit dan dipercayai tembakan itu mengenai bahagian telinga dan leher si mati (Ting Liong Kuong) yang memandu van digu­nakan mereka. Tembakan itu menyebab­kan kematian Ting dan rakan-rakannya dikatakan terus melarikan diri. Bagaimanapun, dua ang­gota kumpulan terbab­it berjaya ditangkap di Lorong Engkalat di sini pada keesokannya sementara seorang lagi ditangkap di Jalan Permai. Pemilik ladang dan sepu­punya turut ditahan di ladang mereka pada hari yang sama. Anggota kumpulan terse­but dijangka didakwa atas kesalahan mencuri mana­kala dua sepupu terbabit didakwa atas tuduhan mem­bunuh. Kelima-lima suspek kini ditahan reman bagi mem­bantu siasatan lanjut. Sumber:Utusan Borneo
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 01:14:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015