TIP KURANGKAN ALAHAN DAN KETIDAKSELESAAN SEMASA - TopicsExpress



          

TIP KURANGKAN ALAHAN DAN KETIDAKSELESAAN SEMASA MENGANDUNG Masalah: Mual atau muntah Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hinggake-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20. Cara Mengatasi : 1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. 2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak. 3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa. 4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya. 5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan. 6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin. Masalah: Sembelit atau kembung perut Punca: Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan. Cara Mengatasi : 1.Minum air mencukupi minimum 6 - 8 gelas sehari. 2.Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau. 3.Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus. Masalah: Sakit belakang atau pinggang Punca: Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan. Cara mengatasi: 1.Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri. 2.Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barangan yang berat. 3.Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah. Masalah: Pedih ulu hati Punca: Kehamilan menyebabkan asid di dalam perut lebih banyak daripada biasa. Keadaan rahim yang makin membesar menekan perut memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus membuatkan rasa pedih di dada. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat. Oleh kerana hormon ini mengembang, melonggarkan dan meregangkan otot, jadi asid mudah naik ke esofagus. Cara mengatasi: 1.Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam. 2.Keadaan tidur perlulah dalam separa duduk dan bukannya menelentang. 3.Jika berlanjutan, perlu ambil antasid untuk melegakannya. Tempoh 9 bulan mengandung merupakan suatu tempoh yang penuh dengan pengalaman baru yang mengajar kita banyak tentang kehidupan mahupun kekeluargaan. Hargailah dan nikmatilah saat ini. Dugaan yang diberikan ada ganjarannya ^_^ 1. Semasa di dalam rahim, bayi sentiasa tersenyum tetapi bayi jarang tersenyum dalam sebulan selepas lahir. Mungkin disebabkan proses kelahiran yang sukar. 2. Nafas bayi berbau sedap sebab bayi tidak ada gigi. Gigi adalah tempat berkumpulnya bakteria yang menyebabkan nafas berbau. 3. Bayi mengenali suara ibunya sejak lahir tapi mengambil masa sekitar 14 hari untuk mengenali suara bapanya. Jadi buat para bapa, selalulah bercakap dengan bayi anda supaya dia cepat kenal suara anda. 4. Bayi tidak akan berpeluh sebab kelenjar peluhnya masih belum berkembang sepenuhnya. 5. Bayi suka suara yang bernada halus. Sebab itu suara ibu lebih menenangkan berbanding suara bapa. 6. Sehingga berusia 6-7 bulan, bayi boleh bernafas sambil menelan makanan tapi orang dewasa tidak boleh melakukannya serentak. 7. Bayi mula berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat sebelum mula bercakap. Komunikasi mereka bermula dengan memahami lambaian tangan, pelukan dan ciuman ibu bapa. 8. Kanak-kanak tidak akan membesar ketika selesema. 9. Kanak-kanak berusia 6 tahun ketawa purata 300 kali sehari manakala orang dewasa hanya ketawa sekitar 60 kali sehari. 10. Kajian menunjukkan bapa lebih pakar dan lebih pantas dalam menukar lampin bayi berbanding ibu.
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 03:27:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015