TPPA... berat nanang...!!! DPP Malaysia [Official] Salam alaik, - TopicsExpress



          

TPPA... berat nanang...!!! DPP Malaysia [Official] Salam alaik, (jwpn utk tuan Ahmad) Perjanjian " Trans-Pacific Partnership Agreement " ( TPPA ) mungkin akan dimeterai pada October 2013 antara kerajaan Malaysia dan sekumpulan negara-negara lain - USA, Canada, Australia, New Zealand, Brunei, Chile, Peru, Mexico, Singapore dan Viet Nam. Ciri-ciri TPPA : 1. Semua perbincangan dibuat secara RAHSIA dan semua TEKS perbincangan adalah RAHSIA. 2. Ia akan TERUS MENJADI RAHSIA selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Saya ulangi - kita hanya akan tahu RUPA & BENTUK perjanjian ini hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017 .. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013. Aikkk ! Tak pelik ke? Pasal apa pulak nak sembunyi-sembunyi? Nak buat sesuatu yang SANGAT BESAR KESANNYA pada RAKYAT dan NEGARA, tanpa mengambil pandangan daripada RAKYAT. ADA 3 KESAN BESAR TTPA kepada kita semua, jika dimeterai : 1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1,000% kali ganda harga sekarang . Ini kerana Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ubat GENERIK. Wajib menggunakan ubat PATENTED ( orginal ). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran PREMIUM POLISI INSURAN akan juga meningkat. 2. Peruntukan Copyright kepada BAHAN-BAHAN RUJUKAN akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah di-digital-kan, yakni yang berada sekolah, universiti, kolej, pusat penyelidikan, Internet dan library, akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan. 3. Semua PELABUR ASING boleh saman KERAJAAN di mahkamah tribunal antarabangsa untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. PELABU ASING juga bebas daripada semua bentuk PERUNDANGAN FEDERAL dan NEGERI. Ini termasuklah tindakan-tindakan KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar. Perlu tahu bahawa HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa plihan TPPA adalah daripada kalangan lawyer SEKTOR SWASTA yang pro-investor. Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh PELABUR ASING akibat perjanjian : 1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eksklusif MMT, telah menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini telah menggunakan KLAUSA ARTIKEL 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court sebanyak C$19.5juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengistiharkan bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk manusia. Artikel penuh : cela.ca/article/international-trade-agreements-commentary/how-canada-became-shill-ethyl-corp NOTA : MMT ialah octane enhancer untuk minyak kenderaan. MMT telah diharamkan di California dan hampir semua wilayah di Pantai Timur Amerika. Hampir 85% pengeluar minyak di Amerika enggan menggunakan MMT kerana ada alterntif lebih selamat. Namun akibat PERJANJIAN, kerajaan KANADA terpaksa menghalalkannya seumur hidup. 2. Kerajaan Ecuador telah disaman sebanyak $US2.4 billion oleh Occidental Petroleum ( Oxy - syarikat minyak Amerika ) kerana telah terminate perjanjian pengeluaran minyak di kawasan Amazon Ecuador. Dalam kes ini, Oxy telah jelas memungkiri perjanjian dengan Kerajaan Ecuador kerana telah menjual sebahagian besar sahamnya kepada syarikat Kanada secara diam-diam. Kemungkiran ini menjadi jelas setelah diaudit pada tahun 2004, lalu kerajaan Ecuador mengambil tindakan untuk terminate perjanjian k[truncated by WhatsApp] How Canada Became a Shill for Ethyl Corp. | Canadian Environmental Law Association cela.ca In early April, 1997 the Liberal government of Jean Chrétien, for one of the few times since its election in 1993, acted to "err", as the government put it, on the side of human health and the environment. Unlike · Reply · 1 · 9 minutes ago
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 22:39:40 +0000

Trending Topics



;">
Ethics in work ; Aesthetics in honesty #Respect, Laletta!
SABATO 5 OTTOBRE una nuova realtà si affaccia nella notte di

Recently Viewed Topics




© 2015