TRAGEDI CAMERON HIGHLAND : BENTANG KERTAS SIASATAN TERPERINCI - TopicsExpress



          

TRAGEDI CAMERON HIGHLAND : BENTANG KERTAS SIASATAN TERPERINCI Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tragedi empangan Sultan Abu Bakar di Cameron Highland yang dilepaskan dan mengakibatkan beberapa orang mati di Lembah Bertam adalah kerana faktor kecuaian manusia. DPPM difahamkan meskipun Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku pengendali empangan hidroeletrik tersebut telah memaklumkan pada jam 9.00 malam kepada pihak polis dan memaklumkan juga kepada penduduk kampung agar bersiap sedia untuk berpindah serta membunyikan siren amaran pada jam 12.00 tengah malam kerana salah satu empangan terpaksa melepaskan air ekoran hujan lebat sejak beberapa hari, namun ia masih mampu membunuh beberapa penduduk sekitar disamping memusnahkan rumah-rumah berhampiran. DPPM melihat antara faktor utama berlakunya kejadian tersebut adalah kerana kerajaan tidak memantau secara berterusan pembinaan kediaman sekitar terutama di kawasan Sungai Bertam. DPPM difahamkan, kawasan sungai tersebut menjadi rizab sungai oleh kerajaan negeri Pahang. Ia bermaksud kawasan tersebut tidak dibenarkan diduduki bagi menjaga maslahat umum yang lebih besar. Seharusnya penduduk tidak dibenarkan membina penempatan kerana ia membahayakan keselamatan mereka jika berlakunya banjir atau empangan pecah atau air dilepaskan. Selain itu, faktor pembangunan seperti aktiviti pembalakan dan industri tanaman dan perladangan pokok menjadi faktor sungai dan kawasan empangan menjadi cetek. Pembalakan dan tanaman oleh penduduk yang tidak dikawal menyebabkan tanah menjadi mendap dan terhakis dan ia menjadikan sungai berhampiran semakin cetek. Hujan lebat yang turun berterusan menyebabkan banjir besar berlaku dan kesan merbahaya kepada kawasan empangan tersebut. Faktor lain adalah kerana kegagalan kerajaan mengawal alam sekitar menjadi penyebab limpahan empangan tersebut berlaku. Cameron Highland diwartakan sebagai kawasan peranginan dan pusat pelancongan negara. Kebanjiran penduduk disamping kehadiran pelancong yang ramai menyebabkan persekitaran semakin tercemar. Sungai yang sedia cetek, sementara kebanyakan kawasan ditarah dan menjadi gondol bagi memberi laluan untuk pembinaan rumah, hotel, bangunan dan lain-lain lagi. Alam sekitar Cameron Highland sudah seakan tidak mampu menampung kebanjiran penduduk dengan kepesatan pembangunan dan menjadi sebab ia menjadi musnah dan binasa dalam tragedi terbaharu itu. DPPM meminta kerajaan membentangkan satu kertas siasatan berhubung tregadi tersebut dan membuat kajian terperinci bagaimana kesemua faktor yang menjadi penyumbang kejadian tersebut dapat diatasi. Kecuaian manusia boleh dielakkan andai kesemua pihak mengambil sikap berhati-hati dalam menangani masalah ini. DR RAJA AHMAD AL HISS Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 00:03:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015