TRANSFORMASI PENSTRUKTURAN SEMULA UMS: Memperkukuh dan - TopicsExpress



          

TRANSFORMASI PENSTRUKTURAN SEMULA UMS: Memperkukuh dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian. Pada 15 Ogus 2013, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah telah memulakan langkah pertama dengan mengadakan mesyuarat bersama dekan-dekan dan ketua-ketua jabatan yang jelas bertujuan untuk melakukan penstrukturan semula sekolah-sekolah yang terdapat di UMS. Langkah ini dilihat sebagai langkah yang bakal melengkapi kitaran fasa pemantapan atau pengoptimuman bagi membolehkan UMS terus berkembang menerusi peningkatan kecekapan sistem penyampaian. Usaha bagi meningkatkan kecekapan merupakan proses transformasi yang memerlukan sokongan warga kampus bagi mempastikan kejayaan. Secara umum, bidang-bidang yang terdapat di UMS boleh dibahagikan kepada gugusan-gugusan seperti gugusan sains fizikal, sains biologi, teknologi, permakanan, perhutanan, pertanian, kejuruteraan, perubatan, pendidikan, pengkomputeraan, sastera, seni, pengurusan dan kewangan. Selain penggunaan nama "sekolah"yang dikatakan mengelirukan persepsi masyarakat umum, pertindihan ketara bidang-bidang dalam gususan sama yang terletak di sekolah-sekolah dan lokasi-lokasi yang berasingan telah menyebabkan rantaian kepakaran terputus dan usaha gunasama peralatan dan infra tersekat yang menyebabkan pengunaan sumber kewangan kurang effesien. Bagi mempastikan kejayaan transformasi, agenda pemantapan perlu melihat kepada kekuatan dalaman UMS serta memantapkan kampus-kampus cawangan yang sedia ada menjadi lebih fokus. Pada masa sekarang, kekuatan UMS agak berselerak semasa proses fasa pengembangan. Dalam era fasa pengoptimuman, satu kaedah yang boleh dipertimbangkan adalah dengan memperkukuh kampus-kampus cawangan dengan menjadikannya lebih fokus dengan mengambil kira kekuatan logistik. Kampus-kampus cawangan perlu menjadikan lokasi sebagai asas pengembangan strategik agar lebih terkenal dan terserlah. Sebagai contohnya, kawasan Sandakan dan sekitarnya merupakan kawasan industri pertanian dan sumber laut yang terkenal di Sabah. Mengukuhkan pembangunan gugusan sains biologi dalam teknologi pertanian, perhutanan, bioteknologi, dan marin biologi boleh dipertimbangkan. Bagi Pulau Labuan, pengurusan kewangan dan teknologi minyak dan gas mungkin boleh dikembangkan. Pengukuhan kampus cawangan secara langsung akan memberi ruang kepada kampus induk untuk terus berkembang bagi menawarkan program-program baharu dan tidak bertindih dengan kampus-kampus cawangan. Antara program-program baharu yang boleh dipertimbangan misalnya farmasi dan teknologi klinikal, teknologi-teknologi hijau, dan perundangan. Transformasi Penstrukturan Semula Sistem Penyampaian, Plan Perancangan Transformasi (Blueprint). Ramai dikalangkan kita bertanya, apakah nilai atau matlamat yang ingin dicapai dalam proses transformasi penstrukturan semula UMS? Sebagai warga gedung ilmu dan berpelejaran, mungkin ramai juga merasakan kajian semula sistem penyampaian UMS sepatutnya telah dilakukan. Masa sekarang sepatutnya kita telah mengecapi sedikit sebanyak hasil perubahan dan kita boleh terus berkembang kepada sebuah universiti yang terunggul dan bersifat realistik bagi mendidik pelajar mahir dalam bidang tujahan masing-masing. Matlamat utama penstrukturan semula UMS adalah untuk memperkukuh dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian seterusnya membolehkan UMS terus berkembang. Proses pengukuhan dijankga dapat memberi ruang kampus induk untuk terus berkembang, memperkukuh dan memberi fokus kepada kampus-kampus cawangan. Plan perancangan proses transformasi perlu lengkap dan terbaik tanpa perlu berkompromi. Plan perancangan penstrukturan semula merupakan perkara pokok yang perlu dibincangkan secara mendalam oleh pihak pengurusan UMS. Peningkatan kecekapan boleh dicapai dengan mengurangan pertindihan dan ketidakseragamaan bebenan tugas, menggabungkan kepakaran sumber manusia, menambahbaik dan mengoptimumkan penggunaan peralatan dan infrastruktur yang sedia ada, dan mengoptimumkan penggunaan kakitangan sokongan. Matlamat akhir proses penstrukturan semula ini adalah untuk meningkatkan kecekapan yang seterusnya dapat membuka ruang kepada UMS untuk terus berkembang. Meminimakan Kesan Terhadap Warga Kampus, Plan Tindakan Transformasi (Action Plan) Hukum alam, tiada yang kekal selama-lamanya melainkan Allah S.W.T. Oleh itu, penambahbaikan dan perubahan perlu dilakukan bagi menjamin sesebuah universiti terus releven mengikut peredaran zaman. Penstrukturan semula sistem penyampaian sudah pasti bakal mengganggu zon selesa sebahagian warga kampus, bagaimanapun rata-rata warga universiti akan memahami bahawa universiti tidak boleh terus berada di takuk lama, UMS perlu berubah. Bagaimanapun, perancangan plan tindakan perlu dibuat bagi mempastikan perancangan mencapai objektifnya. Pada masa sama kesan terhadap kakitangan yang terlibat perlu berada pada tahap minima dan kos yang diperlukan juga diminimakan. Plan tindakan ini juga perlu diperhalusi dengan melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan.
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 14:16:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015