Tadi baru pulang dari Seremban...selesai sudah tugasan program - TopicsExpress



          

Tadi baru pulang dari Seremban...selesai sudah tugasan program Mahligai Cinta... biasalah program orang naik pelamin, kena la berpakaian kemas...si Anita Awang yg sudah sinonim dengan rancangan itu memberitahu kawannya bernama Kencana kawin. Aku mengangguk sahaja, buat acuh tak acuh sebab faham benar dengan konsep program itu. Lagi pun sepanjang perjalanan itu aku senak perut, kena pula sedang berpuasa. Sampai di lokasi, aku agak terkejut kerana ada patung besar di pintu masuk ke dalam dewan. Barulah aku sedar visual yang akan aku rakamkan adalah Kenchana Dewi, pelakon komedi komedi keturunan India yg cukup popular sekarang. Waktu majlis pernikahan bermula jam 7pm...aku mula berkarya dan setelah tiba pengantin lelaki, rakaman banyak tertumpu di atas pentas. Jam di tangan menunjukkan 7.25pm...waktu berbuka begitu hampir...mula terfikir macamana nak berbuka puasa. Tok Sami sedang rancak melakukan upacara keagamaan Hindu sambil diiringi bunyi-bunyian.Tugas tetap diteruskan kerana suasananya begitu menarik. Perut berkeroncong, lagi rancak muzik dialunkan lagi berkeriuk perut ini. Bukan masalah puasa tapi senak perut sudah 2 hari belum reda. Tiba satu ketika ada part yg aku rasa tak perlu dirakam, perlahan-lahan aku ke belakang pentas. Aku membuka beg galas, haaa ada air kotak perisa Rabina...apa lagi..lantas aku pon baca doa berbuka sambil menyedut minuman laa sambil mendengar tok Sami baca mentera. Terfikir juga, kelapa yg dipecah depan aku ni kalau dapat minum airnya sedap juga, lama juga tak minum air kelapa. Tapi mana boleh...jgn buat malu majlis orang haha, aku ketawa sorang-sorang... Terfikir nak makan apa pulak, perut kosong ni...tiba-tiba si Baskaran melambai aku. Aku pun ke mejanya berborak-borak...terlihat sepinggan maruku....apa lagi...aku bedal laaa... Aku bertanya Maria Tengku Sabri, majlis lama lagi ke? Dia jawab kejap lagi. Oi Maria mana kejap, jam 10 baru selesai daa...waktu itu aku baru dapat makan berat sikit, Ladhu...dan berikutnya nasi minyak sebelum berangkat pulang... Sampai rumah, jiran keturunan India bernama Dev Anand sedang buat majlis harijadi anaknya, Ashmita...apa lagi...layannnnnn...hidup berjiranlah katankan...
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 17:39:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015