Tahukah anda Sebuah kisah yang tidak diceritakan.... Jom kita - TopicsExpress



          

Tahukah anda Sebuah kisah yang tidak diceritakan.... Jom kita tinggalkan politik sementara dan cuba baca jasa beliau Dari segi apa kamu menghukum beliau tidak memperjuangkan Islam? Dari segi apa? Tahukah anda beliau pernah DITEMBAK di bahu kanan ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. (Mungkin khabar angin) Tapi tak nak cerita pada sesiapa pun. Malah, sebelum itu, beberapa ahli kabinet beliau menawarkan untuk pergi tapi beliau menolak. Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau: 1. Dialah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia. 2. Dia jugalah yang menghantar ratusan komando yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” 3. Dia jugalah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia. 4. Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin. 5. Dia jugalah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis. 6. Dia jugalah yang mempertaruhkan nyawa isterinya, menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat. 7. Dialah yang digelar MahaFiraun tetapi dialah juga yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia. 8. Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2. 9. Dialah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. 10. Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..Siapa dia?
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 07:19:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015