Tahukah anda semalam bulan berada pada jarak paling dekat dengan - TopicsExpress



          

Tahukah anda semalam bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi.Ini adalah kerana orbit bulan mengelilingi bumi dalam orbit sedikit membujur (Bujur Telur).Semalam bulan betul-betul berada pada sisi tepi orbitnya ,jadi berada pada jarak paling hampir dengan bumi.Kebetulan pula semalam adalah malam 15 Syaaban dan bulan menampakkan imej bulan penuh dan kedudukannya betul-betul bertentangan dengan matahari.Jadi kita dapat melihat imej bulan penuh dengan sangat jelas.Biasa ketika ini (jarak bulan dekat dengan bumi) mengakibatkan paras air laut waktu penuh berada pada paras yang agak tinggi,kerana pengaruh graviti bulan.Kebetulan pula bulan Jun ini bumi juga berada pada jarak paling hampir dengan matahari,oleh itu cuaca waktu tengahhari agak panas luar biasa.Oleh kerana cuaca panas diruang angkasa bumi maka awan susah terbentuk ,sebab itu kita lihat langit biru,dan awan kurang kelihatan.Mujurlah ketika ini matahari berada di garisan Saratan,jadi kesannya di Khatulistiwa kurang kuat.Matahari akan berada di garisan khatulistiwa pada 21 Mac dan 23 September.Tahukah anda di Malaysia laluan orbit bulan betul-betul melalui Pelabuhan Klang ,Mersing, Johor dan seterusnya melalui Sri Aman Serawak seterusnya melintasi Sulawesi Indonesia.Di lokasi-lokasi tersebutlah biasanya terjadi air pasang dalam.Begitulah betapa rapinya putaran bulan ,bumi dan matahari yang mengikut perintah Allah dalam memberi manfaat kepada manusia dan makhluk di bumi. -MZ-
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 00:34:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015