Tak sempat berbuka bersama 2013/07/27 3, termasuk seorang doktor - TopicsExpress



          

Tak sempat berbuka bersama 2013/07/27 3, termasuk seorang doktor gigi terbunuh nahas babit dua kereta Permaisuri: Tiga, termasuk seorang doktor gigi terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Setiu di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Volkswagen Golf, Mohd Zuhairi Jusoh, 28, dan rakannya, Nik Zul Ehsanuddin Mohamad, 23, serta penumpang kereta Toyota Vios, Dr Nik Rafizan Nik Muhamad, 28. Mohd Zuhairi juga pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Muay Thai di Cheras, Kuala Lumpur pada 2009. Terbabas Kemalangan dikatakan berlaku apabila kereta Toyota dipandu Dr Nur Elina Abdullah, 25, bersama Dr Nik Rafizan dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu dirempuh Volkswagen dinaiki Mohd Zuhairi dan Nik Zul selepas ia terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abd Rahman Raja Mohamad, berkata pemandu dan penumpang Volkswagen maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala Dr Nik Rafizan yang bertugas di Klinik Pergigian Kampung Raja, Besut, meninggal di Hospital Setiu. Abd Rahman berkata, ketika kemalangan dua rakan itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Kertih, Kemaman, manakala Dr Nik Rafizan dan Dr Nur Elina dari Kampung Masjid, Kota Bharu pula datang dari arah bertentangan. Bertembung “Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian, Mohd Zuhari dikatakan cuba memotong sebuah kereta di depannya tetapi gagal sebelum bertembung Toyota Vios dinaiki dua doktor wanita itu yang bertugas di Klinik Pergigian Kampung Raja dan Klinik Pergigian Pasir Akar,” katanya. Abd Rahman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya. Sementara itu, bapa Mohd Zulhairi, Jusoh Said, 66, berkata dia terkilan kerana hajatnya untuk berbuka puasa bersama anaknya itu tidak kesampaian. Jusuh berkata, sejak beliau dan isteri berpisah, arwah dan lima lagi anaknya tinggal bersama ibu mereka di Kampung Alor Keladi, Besut. “Saya menerima berita kemalangan ketika sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran rumah kira-kira jam 1.30 tengah hari, namun menyangka hanya kemalangan kecil. “Sepanjang perjalanan ke Hospital Setiu, saya tidak putus berdoa supaya dia selamat, walaupun terdetik sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Cedera parah “Namun, sebaik tiba di wad kecemasan, saya terkejut dimaklumkan arwah sudah meninggal, menyebabkan saya kehilangan kata-kata. Disebabkan terlalu terkejut, saya tidak sanggup masuk ke wad kecemasan apatah lagi doktor memaklumkan kecederaan dialami arwah agak serius,” katanya. BH
Posted on: Sat, 27 Jul 2013 00:09:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015