Take A Note Please !! Assalamualaikum. Sekadar pesanan buat - TopicsExpress



          

Take A Note Please !! Assalamualaikum. Sekadar pesanan buat rakyat Johor semua. Janganlah kita meninggi diri kerana silap langkah mungkin akan memakan diri sendiri. Bnyk saya perhatikan ramai yang duduk kacau2 pages ultras-ultras negeri lain serta pages-pages penyokong negeri lain di Malaysia nih. Claim sana sini, Ckp B.O.S yang mula dululah, tiru B.O.S lah, lagu mcm lagu B.O.S lah. Buat pengetahuan rakyat Johor semua, ape yang kami buat pon diambil/diadaptasi dari ultras-ultras negara luar seperti German, Poland, Croatia dan juga Italy. Jadi saya mohon rakyat Johor janganlah sibuk jaga tepi kain orang. Kita jaga keluarga kita cukuplah. Saya taknaklah besok lusa kita bertandang ke negeri orang, orang rasa benci pada kita. Sudahnya yang menjadi mangsa makcik2, kakak2, anak2 yang datang nak nengok bola. Tolong yer wahai rakyat Johor, musuh kita bukan mereka tapi musuh kita yang sebenar adalah FAM yang tidak suka kita semua bersatu. Kita bergaduh sesama sendiri nih, orang-orang FAM gelak besar sebab kuasa penyokong tuh kurang apabila berpecah. Adalah lebih baik sesama kita bersatu demi memartabatkan bolasepak Malaysia dengan melawan kroni-kroni FAM yang korupt di Kelana Jaya. Kurangkan musuh dan ramaikan sahabat demi kebaikan bolasepak Malaysia. Semoga pesanan ini sedikit sebanyak dpt menyedarkan kepada anda yang suka jaga tepi kain orang lain. Sekian terima kasih! * Boys Of Straits :)* Share please :)
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 03:40:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015