Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun - TopicsExpress



          

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Beliau lahir dalam keluarga yang besar dan hidup serba kekurangan. Rumah yang didiami sangat usang dan tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Tan Sri Syed Mokhtar tidak mendapat pendidikan yang tinggi, dan mendapat ilmunya melalui pengalaman yang diperolehnya dalam menjalankan perniagaan sejak kecil lagi. Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran, menjual sayurannya di pasar dan menjual roti canai di pasar yang sama. Beliau juga turut menggembala haiwan peliharaan bapanya semata-mata untuk membantu menampung perbelanjaan keluarganya. Terlalu banyak cabaran yang beliau hadapi antaranya apabila perniagaan haiwan ternakannya mengalami kemerosotan akibat wabak kaki dan mulut. Ia memberikan kesan yang sangat buruk kepadanya sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidal lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan dengan membeli daging yang tidak terjual di pasar, membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Setelah berasa lebih yakin dengan dirinya sendiri, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan dengan melakukan jual beli kenderaan berat. Selain itu, beliau juga turut berkecimpung dalam perdagangan beras dan juga komoditi lain seperti gula, teh, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga gemar mencuba sesuatu yang baru. Ini terbukti apabila beliau menceburi bidang pembuatan pakaian, perkapalan, kejuruteraan, pembinaan, automobil dan perkhidmatan pos. Sehingga kini Forbes Magazine telah mengiktiraf Tan Sri Syed Mokhtar sebagai usahawan ke-526 terkaya di dunia dan yang ke-8 terkaya di Malaysia
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 21:49:36 +0000

Trending Topics



espace à
After this weeks events and global issues affecting fellow women.
Its abundantly clear New Jerseys least favorite Rethugican
In response to the new Facebook guidelines I hereby declare that
(وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ
binions gambling hall and casino

Recently Viewed Topics




© 2015