Tanda-Tanda Mati Dalam Husnul Khotimah Suka saya dengan ayat - TopicsExpress



          

Tanda-Tanda Mati Dalam Husnul Khotimah Suka saya dengan ayat Dr.Tuah ini Kita Disuruh ingat selalu, kalau bernafas pagi hari, jangan ingat mesti sampai ke petang.Kita kan ibarat pemgembara.Tak selamanya berada disitu, tiba masanya akan berangkat jua. Maksudnya kita semua akan pergi, pergi meninggalkan dunia dan entah apa yang akan terjadi di sana nanti. Moga-moga mati kita nanti dalam Husnul Khotimah. Kita kena minta dan kena cari. Antara tanda-tanda kematian dalam Husnul Khotimah - ( Dr.Tuah Iskandar al Haj : Buat Jangan Tak Buat ) 1. Mengucap 2 kalimah syahadah ketika meninggal dunia Rasulullah saw bersabda : sesiapa yang akhir kalimahnya mengucapkan Lailaahailallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga ( Hakim ) 2. Meninggal ketika dahinya berkeringat Rasulullah bersabda : Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat di dahinya ( Ahmad An-Nasai, at - Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim,dan at- Thayalusi dari Abdullah bin Masud ) 3. Mati pada malam Jumaat Rasulullah saw bermaksud : Tidaklah seorang muslim itu wafat pada hari jumaat atau pada malam jumaat kecuali pastilah ALLAH menghindarinya dari seksa kubur ( Ahmad ) 4. Mati syahid di medan perang 5. Mati dalam peperangan Fisabilillah Rasulullah bersabda : Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? mereka menjawab : Wahai Rasulullah, yang kami anggap sebagai mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh. Maka Rasulullah menjawab : Sesiapa yang terbunuh di jalan ALLAH, yang mati sedang berjuang di jalan ALLAH, dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut ( penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar dan sejenisnya ), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam ( Muslim, Ahmad dan al- Baihaqi ) 6. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak 7. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak Siapa yang mati kerana mempertahankan hartanya ( dalam riwayat lain : sesiapa yang menuntut hartanya yang dirampas lalu dia terbunuh ) adalah syahid ( Bukhari, Muslim, Abu Daud, an -Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad ) 8. Mati dalam membela agama dan jiwa Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya. dia mati syahid. siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid. sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya ), dia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid. 9. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh Hanya beberapa tanda yang saya kongsikan disini, Moga-moga kita semua nanti mati dalam keadaan Husnul Khotimah.Penghujung yang baik. Ingat sekali lagi Kita Disuruh ingat selalu, kalau bernafas pagi hari, jangan ingat mesti sampai ke petang.Kita kan ibarat pemgembara.Tak selamanya berada disitu, tiba masanya akan berangkat jua.
Posted on: Tue, 11 Feb 2014 01:23:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015