Tangani subsidi secara berhemah Posted date: September 16, - TopicsExpress



          

Tangani subsidi secara berhemah Posted date: September 16, 2013 Oleh Rafidah Jumat dan Salawati Haji Yahya, Media Permata BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Statistik subsidi bagi minyak pada tahun 2011 sahaja adalah kira-kira $500 juta sementara per kapita penggunaan air pula adalah kira-kira 450 liter sehari, yang tertinggi di Tenggara Asia berbanding purata di negara jiran iaitu hanya kira-kira 250 liter sahaja. Statistik ini didedahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiha Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-67 tahun. Titah Baginda lagi, ini belum lagi yang lain-lain seperti subsidi perumahan, perubatan, pendidikan, komoditi makanan asasi dan seumpamanya. Semuanya ini menghendaki kerajaan lebih berhemah dan bijaksana menanganinya. Baginda dalam titahnya turut menyentuh mengenai pihak-pihak keselamatan yang benar-benar fokus terhadap tugas masing-masing dalam membanteras negara dari sebarang anasir jenayah. Anggota keselamatan seperti polis perlu fokus terhadap tugas-tugas mereka dengan penuh dedikasi dan amanah. Mereka ini adalah pasak dan tonggak keamanan kita, titah Baginda. Ke arah ini, kebajikan mereka mestilah dipantau dan diperhatikan selalu dan sebarang peraturan yang boleh menjejaskan kepentingan asasi mereka dan keluarga jika ada, hendaklah dikaji semula dan cepat-cepat diperbaiki. Ini, titah Baginda penting untuk menjamin kelicinan dan kesempurnaan mereka melaksanakan tugas.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 21:57:05 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015