Tarbiah Pas Yang Dinamik Idris Hj Ahmad 27/6/13 Pas semakin - TopicsExpress



          

Tarbiah Pas Yang Dinamik Idris Hj Ahmad 27/6/13 Pas semakin membesar dengan kebanjiran ahli-ahli baru semakin ramai. Kemasukan Pas daripada pelbagai latar belakang aliran, pemikiran dan ideologi. Pas berpendirian semua manusia berpotensi untuk ditarbiah ke jalan Islam asalkan ada kemahuan. Ustaz Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat menyatakan Pas diibaratkan hospital, semua pesakit diterima untuk diubat. Ada yang berpenyakit kusta, taun, demam panas, semuanya mesti dirawat. Walau pun nampak pelik! Inilah realiti Pas. Pas berpendirian ummah mesti diselamatkan dalam apa keadaan. Oleh itu tapisan kepada mereka yang hendak masuk Pas terlalu longgar. Terbukti, apa yang dilakukan oleh Pas tepat sehingga berjaya membentuk individu Muslim yang baik walau pun dahulu berperangai jahiliah. Potensi baik yang masih ada kepada mana-mana individu jangan disia-siakan. Berpegang dengan prinsip seperti Sabda Rasulullah SAW " Kamu terbaik di zaman jahiliah dan terbaik di zaman Islam, apabila faham agama" Pas sebagai sebuah gerakan ummah. Ahlinya daripada ada Phd hingga yang tidak gosok gigi. Inilah kelebihan Pas. Pas tidak memilih orang-orang tertentu sahaja untuk menganggotai Pas. Sebaliknya apabila seorang itu Islam, cukup umur maka ia layak menyertai Pas. Apabila borang Pas diisi maka ia sudah berbaih untuk mematuhi dan bersedia untuk mengikuti peraturan yang terdapat di dalam Perlembagaan Pas. Apa yang penting kesediaan setiap individu untuk ditarbiah oleh parti. Apabila seorang menyertai Pas dia perlu faham kenapa beliau menyertai Pas. Baru dia sedar kenapa dia bersama dengan Pas. Pas bukan parti politik sahaja, tetapi sebagai sebuah gerakan Islam. Inilah kelainan Pas. Menyertai Pas dengan kesedaran bukan dengan semangat semata-mata. Oleh itu perlu mereka memahami Islam dan dasar perjuangan. Mereka perlu bersedia untuk diri mereka ditarbiah. Tidak ada makna mereka menyertai Pas, tetapi mereka tidak mahu berubah. Tidak ada erti, jika mereka tidak bersedia untuk ditarbiah. Sekiranya berlaku begitu ia mendatang musibah kepada parti. Apa akan terjadi jika mereka diangkat menjadi pemimpin sedangkan fikrah perjuangan Islam tidak dihadamkan. Pas sudah mempunyai manhaj tarbiah yang jelas untuk dipraktikkan. Ia dirangka oleh mereka yang berpengalaman dalam gerakan Islam, kemudian dimurnikan mengikut suasana dan keadaan di negara ini. Ia hanya bergantung kepada hendak buat atau tidak. Ertinya jika berlaku kecacatan di kalangan ahli atau pimpinan, maka tidak boleh disalahkan kepada parti. Sepatutnya sewaktu Pas mendapat sokongan ramai dan kebanjiran daripada orang ramai maka peranan tarbiah perlu dioptimakan supaya tidak berlaku penyelewingan dari manhaj perjuangan Islam. Setengah orang memikirkan apabila sudah menang tidak perlu lagi untuk program tarbiah. Sedang apa yang berlaku , waktu inilah tarbiah perlu diaktifkan. Kenapa penting tarbiah perlu diperkasakan ketika menang. Pertama ialah untuk memastikan perjalanan parti dan kerajaan berjalan seimbang. Kegiatan parti dan negeri berjalan seiring. Kedua, dengan tarbiah kita memastikan supaya mereka yang ada fikrah boleh membawa mandat parti di dalam kerajaan samaada barisan exco, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Masjid. Ketiga dapat menyediakan tenaga kerja untuk menjalankan kerja jamaah dan kerja parti. Waktu menang tidak cukup hendak mengharapkan pegawai kerajaan, ia memerlukan bantuan daripada tenaga parti. Siapa yang akan membekalkan semua ini? Sudah tentulah peranan tarbiah. Kita tidak mahu ketika kita menang, tidak ada tenaga parti yang menyumbangkan untuk mengisi kemenangan. Jika berlaku ketempangan dan masalah di dalam parti, semuanya berpunca daripada perlaksanaan tarbiah tidak berjalan dengan baik bukannya kerana tarbiah. Tarbiah dapat menjadikan ahli faham erti perjuangan dan bersedia untuk berdiri dan rebah, ketika menang dan kalah. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Posted on: Sat, 29 Jun 2013 05:06:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015