Tazkirah Ustaz Pahrol Di Ikim sebentar tadi berbincang tentang - TopicsExpress



          

Tazkirah Ustaz Pahrol Di Ikim sebentar tadi berbincang tentang muhasabah di Syawal setelah Ramadhan meninggalkan kita. Ada 3 kecelakaan yg didoakan oleh Jibril a.s. dan diaminkan oleh Nabi Muhammad s.a.w 1. Jika mendengar nama Rasulullah disebut, tapi tidak berselawat ke atas baginda 2. Ada ibu bapa yg semakin tua, tapi tidak beramal bakti yg membawa kepada syurga 3. Melalui Ramadhan tapi tidak diampunkan dosa Tanda amal Ramadhan diterima : 1. Bertambah keghairahan untuk beribadah 2. Ada kesan kepada peribadi dan akhlak kita; menjadi seorang yg lebih baik 3. Ada ketenangan dalam hati kita 4. Ada kesan kepada peranan kita, kembali kepada jati diri dan fitrah kita. Menyempurnakan tujuan Allah ciptakan kita - hamba Allah dan khalifah. Kesan sebagai hamba Allah, di mana kita akan lebih sensitif kepada menjaga hak Allah, berusaha untuk menegakkan hukum Allah. Kesan sbg khalifah menjurus kepada hablu minannas iaitu hubungan dengan manusia. Menjaga hubungan dengan ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara dan sekalian manusia, melunaskan hak mereka. Dosa kita paling besar kepada Allah adalah syirik dan dosa paling besar kepada manusia adalah derhaka kepada ibu bapa. Ustaz menasihati agar jangan kita menjadi haiwan teknologi. Seseorang nampak hebat berkomunikasi di alam maya tapi gagal berkomunikasi di alam realiti. Para sahabat tanpa teknologi dapat menyebarkan Islam seantero dunia tapi kita dengan teknologi yg ada, kita masih gagal menyebarkan Islam. Ini adalah kerana hati mereka yg faham akan kewajipan mereka.
Posted on: Sun, 11 Aug 2013 02:04:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015