Tegas banteras merokok Posted date: September 16, 2013 Oleh - TopicsExpress



          

Tegas banteras merokok Posted date: September 16, 2013 Oleh Salawati Haji Yahya, Media Permata BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melahirkan rasa kurang senang Baginda mengenai tabiat merokok dalam kalangan rakyat dan penduduk negara ini serta mahukan gejala itu ditangani dengan tegas. Semasa menyentuh mengenai orang berbelanja membuang wang kepada benda yang tidak berfaedah malah berbahaya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, di negara ini, 50 peratus kaum bapa masih jadi perokok di dalam rumah. “Mereka ini sebenarnya bertindak kejam terhadap diri sendiri dan juga keluarga. Malah menjadi penyebar racun yang berbahaya di dalam negara. “Beta pada sekian lama telah memerhatikan perkara ini. Namun belum didapati langkah tegas mengenainya. “Apakah lagi yang di tunggu itu? Hukum haram merokok sudah pun lama difatwakan, begitu juga mudharat merokok sehingga membahayakan nyawa sudah dikenal pasti. “Malah perkara ini sering diulang-ulang di dalam ucapan-ucapan, namun rokok masih saja terus beredar, boleh dijual, dibeli dan dihisap oleh rakyat termasuk oleh orang-orang Islam sendiri,” tegas Baginda dalam titah sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke 67 tahun di Istana Nurul Iman hari ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertanya; “Sampai bilakah lagi untuk kita bertindak tegas menyelamatkan orang ramai dan negara daripada bahaya rokok itu? “Agak menghairankan, kita asyik bercakap mengenai gaya hidup sihat, asyik bersenam, asyik berwalkaton dan berlarian tapi di dalam masa yang sama kita juga masih membiarkan asap rokok meracuni rumah-rumah dan malah negara.” Mengenai soal pemakanan, Baginda Sultan bertitah, belanja berlebihan boleh saja membawa kepada pembaziran malah boleh menjadi penyebab kepada penyakit kronik. Titah Baginda, sebanyak 15 peratus penduduk di negara ini adalah penghidap diabetes yang berpotensi menyebabkan meningkatnya pemotongan anggota atau amputasi. “Sebanyak sembilan peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah dikesan mengalami berat badan berlebihan atau obes,” titah Baginda.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 21:53:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015