♥ ♥ Teknik Semulajadi Ubah Kedudukan Songsang Bayi Dalam - TopicsExpress



          

♥ ♥ Teknik Semulajadi Ubah Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan ♥ ♥ Dilaporkan bahawa kira-kira 20% ibu hamil akan mengalami keadaan di mana bayi di dalam kandungannya berada dalam kedudukan songsang. Tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika hal ini berlaku ketika anda berada di awal usia kehamilan. Kedudukan songsang tersebut lazimnya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan. Proses perubahan kedudukan akan berlaku secara semulajadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32 kehamilan. Dilaporkan juga bahawa kelahiran songsang masih boleh berlaku walaupun usia kandungan sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, anda tidak perlu risau kerana bayi masih mampu berubah kedududkan normal pada saat akhir proses bersalin. ♥ ♥ Cuba Lakukan Sendiri Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah bagi mengubah kedudukan bayi dalam kandungan secara SEMULAJADI agar kembali dalam posisi yang normal. (AMARAN!! Jangan ubah kedudukan bayi secara paksa kerana ia boleh mengakibakan bayi terbelit tali pusat.) 1. Merangkak Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya. 2. Kaedah Panas - Sejuk Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba. 3. Pek Ais Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah. 4. Berendam Di Dalam Kolam Renang Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah. 5. Menyanyi Dan Bercakap Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda. 6. Senaman Tilt Position Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya. 7. Lampu Suluh Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya. 8. Pujukan Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul. 9. Doa Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lain. Disiarkan oleh Penaja ♥♥♥ Nadhirah Collection ♥♥♥ Dapatkan koleksi pakaian yang menarik untuk ci comel mommies2 semua…
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 12:32:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015