Tentang diri Bismillah Alhamdulillah, perkongsian yang - TopicsExpress



          

Tentang diri Bismillah Alhamdulillah, perkongsian yang tertangguh sekian waktu setelah mendapat ketenangan dan kekuatan dari Maha Pencipta. Setelah pulang dari IJI (Intensif Jutawan Industri) fikiran saya bercelaru, cemas, tak tahu nak mula dari mana. Apa tidaknya saya masih bekerja dan terikat dengan pekerjaan sebagai pendidik, walaupun telah ada perniagaan Madu Syifa’ Assunnah (https://facebook/Madusyifaassunnah) tetapi masih suam-suam kuku. Saya pilih produk ini kerana saya yakin dengan Allah dan syafaat Rasulullah s.a.w. apabila mengamalkan makanan sunnah. Memang rasa sesak dengan keadaan diri yang tidak bersedia dari segi mental untuk bergerak dan melangkah kehadapan. Akhirnya, saya ambil keputusan buat “revision” tulis balik semua nota-nota yang saya ambil semasa kelas dengan kemas dan tersusun supaya mudah untuk saya membuat rujukan. Sambil menyusun nota, saya sentiasa minta kepada Allah beri tahu saya apa kegairahan ‘PASSION’ saya. Sepanjang proses ini, apa yang tergambar dan rasa yang hadir adalah menulis (jadi penulis). Persediaan saya pada waktu ini, ialah perakam suara dan buku nota sentiasa ada bersama-sama dengan saya. Pesan Dr Azizan Osman, “perkara yang paling berharga adalah idea”. Apa-apa idea, sama ada tajuk buku, dan kandungan “content” sentiasa dicatat. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah berikan kapada saya kekuatan dan idea untuk memulakan langkah sebagai penulis. Kata seorang kawan terpaksa menjadi penulis kerana Dr Azizan Osman. Sebenarnya Dr Azizan Osman hanya penyebab dan pencetus, sesungguhnya yang menetapkan segalanya adalah Allah s.w.t. Bersyukurlah sekurang-kurangnya kita antara insan yang Allah pilih untuk bertemu, berguru, mendapat taufiq, hidayah dari Allah melalui guru terbaik yang ikhlas memberi kepada kita, sebab itu semua ilmunya sampai ke hati. Semoga Allah s.w.t limpahkan rahmat dan panjangkan umur guruku Dr Azizan Osman di atas kebaikan serta manfaat yang beliau berikan kepada anak-anak didiknya. Perkongsian di blog saya (jija-nr.blogspot/) hanya akan menyentuh tentang Kuasa Rasa Bahagia. Pada saya rasa bahagia yang terbina akan membawa anda kepada kejayaan dalam apa jua yang anda lakukan. Dari rasa bahagialah akan datangnya rasa sayang, rasa tenang, rasa segala urusan dimudahkan, dan apabila semua rasa ini harmoni di dalam diri anda, akan datanglah REZEKI, RAHMAT, HIKMAH. Anda sendiri yang tahu bertapa Pencipta dekat dengan diri anda. Perkongsian saya ini berdasarkan ilmu, pengalaman dan rasa yang saya sendiri alami setelah diuji oleh Maha Pencipta. Jika dipraktikkan secara berterusan secara menyeluruh semua tip ini, anda akan rasa sentiasa SUJUD kepada Maha Pencipta dengan mengakui semua kesalahan dan akui kita hambanya yang sangat lemah. Lebih tersentuh hati, apabila anda dapat rasakan erti SYUKUR yang sebenar. · p/s- Bukan semua dapat rasa perkara yang sama, kerana semua ini bergantung kepada keikhlasan kita kepada Dia Maha Pencipta dan sejauh mana kefahaman kita tentang hubungan kita dengan Dia Maha Pencipta. (Sesungguhnya saya terlalu rindukan Allah s.w.t Dia Maha Pencipta dan Rasulullah s.a.w kekasih Allah) inilah kekuatan yang saya ada. Alhamdulillah. Wallahu’alam Posted by Jija-NR at 08:00
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 04:31:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015