Terapi bagi kanak-kanak Autistic yg boleh ibubapa lakukan sendiri - TopicsExpress



          

Terapi bagi kanak-kanak Autistic yg boleh ibubapa lakukan sendiri dirumah ( Danish Danial hadir terapi setelah boleh berkomunikasi 2 hala.Ketika itu umurnya 7 thn dan hanya memahami arahan ringkas).Bagi yang pernah membaca post uncle tentang Early Intervention akan tahu mengapa diusia 7 thn baru Danish menghadiri terapi : 1. Guna paper/masking tape dan buat seperti track kecil di atas lantai rumah.Boleh juga buat 1 garisan lurus. - Anak2 dikehendaki berjalan diatas garisan/track yg telah disediakan bagi memanaskan badan.Setelah itu,anak2 perlu berlari mengikut track tersebut. - Objective target : mendengar arahan yg diberikan pada mereka. 2. Merangkak (crawling) mengikut track yg telah disediakan. (Danish tidak merangkak semasa bayi). - Objective target : memperkuatkan gross motor pada tangan & kaki. 3. Berguling (rolling)-Sebaiknya sediakan tilam/toto utk aktiviti ini.Ibubapa perlu beri bantuan bagi aktiviti ini. - Dalam keadaan duduk/mencangkung. - Letakkan kepala ke atas tilam/toto.Kedua-dua tangan berada dihadapan kepala bagi menyokong leher dan supaya kepala tidak bergerak. -Ibubapa boleh membantu untuk menggulingkan dgn memegang dibahagian pinggang.Kurangkan bantuan jika anak semakin mahir & biasa. (Ketika uncle tengok latihan ini dilakukan,ada kanak2 menggeletar seluruh badan selepas setiap kali berguling) - Objective target : peredaran darah ke kepala. Setelah selesai semua aktiviti diatas (jangkamasa 30minit),berilah anak anda berehat.
Posted on: Thu, 30 Jan 2014 09:13:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015