Terbaik!!!! Anak Muda dan PAS Banyak pihak menyuarakan - TopicsExpress



          

Terbaik!!!! Anak Muda dan PAS Banyak pihak menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap konsert Gig di Green Zone pada Muktamar PAS kali ke 59 yang baru berakhir semalam. Saya sendiri tidak menyaksikannya secara langsung cuma melihatnya di dalam video clip yang dihantar oleh rakan-rakan. Walaubagaimana pun sekalung tahniah kepada pihak DACS Selangor selaku penganjur bersama kerana berjaya menarik anak-anak muda ini ke Muktamar PAS. Ini membuktikan kita telah berjaya membuang sikap prejudis mereka terhadap PAS yang dilihat parti yang jumud hanya untuk golongan mat-mat kopiah sahaja. Sudah tentu cabarannya sangat besar, menyahut saranan parti untuk menarik anak muda di semua peringkat bersama-sama dengan perjuangan PAS dalam masa yang sama mahu menjaga lunas-lunas syara bila bersama-sama dengan program Jamah Islam PAS ini. Slogan PAS for all walaupun nampak baru tetapi pada hakikatnya sudah dilaksanakan di dalam PAS sejak awal penubuhannya lagi. PAS menerima semua golongan masyarakat bersama-sama mendukung perjuangannya selagimana mereka berugama Islam. Kalau dahulu mereka yang masuk PAS ada di kalangan geng laga ayam, kaki judi, peminum arak dan lain-lain lagi. Setelah mereka mengikuti tarbiyah PAS akhirnya mereka menjadi muslim yang baik. Zaman sekarang cabaran lagi hebat dengan bermacam-macam masalah sosial yang melanda anak muda, tanggungjawab untuk menarik mereka tetap terletak di atas bahu kita semua. Tanggungjawab kami di dalam DPPM bukan sahaja mahu menarik anak muda supaya memberikan undi kepada PAS semata-mata, bahkan lebih daripada itu lagi mahu mengislahkan mereka supaya menjadi muslim yang salih. Pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. ketika baginda bersama-sama sahabat di dalam masjid, lalu masuk seorang arab badwi dan kencing di dalamnya. Memanglah ianya biadap dan kurang ajar serta satu kesalahan sehingga ada di kalangan sahabat yang mahu memukulnya tetapi dilarang oleh Nabi s.a.w. Sejurus itu Nabi s.a.w. menjelaskan kepadanya bahawa perkara ini tidak boleh dilakukan di dalam masjid. Konsert Green Zone yang berlaku boleh dijadikan satu pengajaran dan pengiktibaran, mudah-mudahan mesej hiburan yang mengikut lunas-lunas Islam sampai kepada mereka. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan teguran dan nasihat. Syabas DACS selangor!! Muhammad Khalil Abdul Hadi Timbalan Ketua DPPM
Posted on: Mon, 25 Nov 2013 09:37:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015