Terima kasih atas ziarah daripada tokoh ilmuwan, pendakwah, - TopicsExpress



          

Terima kasih atas ziarah daripada tokoh ilmuwan, pendakwah, penterjemah dan penulis prolifik tanah air oleh Ustaz Rohidzir Rais (sudah menulis dan menterjemah lebih 30 buah buku, sekarang merupakan pengarah urusan syarikat penerbitan sendiri iaitu Inspirasi I Media) dan Ustaz Hasan Nazam (penulis lebih 10 buah buku dan merupakan penterjemah Tafsir al-Munir karya Prof Dr Wahbah al-Zuhaily yang diterbitkan Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Kemudian Ustaz Firdaus Sulaiman (penulis, pendakwah dan tenaga pengajar bahasa Arab dengan kaedah tafsir di sekitar Lembah Klang santak hingga ke petang. Saya agak terkilan tidak dapat ketemukan mereka dengan Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf, Puan Sri Diah Shaharuddin namun sedikit terubat kerana Penasihat Editorial, Dato Abd. Jalil Ali sudi meluangkan masa sibuknya untuk menyantuni kami... semoga karya-karya semua tokoh ini berjodoh dengan penerbitan Karya Bestari yang masih bertatih. Insya-Allah.
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 12:10:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015