Teringat masa kerja swasta dulu masa dok sembang ngan sorang - TopicsExpress



          

Teringat masa kerja swasta dulu masa dok sembang ngan sorang pengurus senior: Tuan Haji: kamu orang muda kalau dah jadi Boss jangan la aniaya orang bawahan kamu, kamu tahu kan kalau kamu Boss kamu bagi arahan kepada orang bawahan tentang sesuatu kerja, kamu mesti buat dulu atau kamu mahir dulu kerja tersebut. Pelatih Pengurusan: Kalau macam tu kena tahu semua kerja la tuan haji? (tanya salah seorang pelatih dalam kumpulan pelatih pengurusan) Tuan Haji: yea la, kalau kamu tak tahu...macamana kamu nak tentukan kerja itu betul2 sempurna...contohnya kalau kamu arahkan pekerja bawahan kamu cuci kawasan premis, kamu mesti pernah lakukan kerja cuci premis dulu...berapa masa kamu ambil, apa peralatan dan keperluan yang kamu perlu...pendek kata kalau kamu buat kerja tadi tu selama 30 minit untuk selesaikan....kamu jangan pulak arahkan pekerja kamu untuk siapkan kerja itu selama 30 minit, itu dah aniaya dia...kamu kena arahkan pekerja kamu buat atleast 45 minit @ sejam... Pelatih Pengurusan: erm...maknanya kami perlu tahu setiap perkara dahulu sebelum kami nak arahkan pekerja bawahan untuk setiap kerja dan tugasan la tuan haji ? Tuan Haji: sepatutnya macam itu lah...tapi sekarang ni, ramai Pegawai atasan yang hanya tahu arahkan buat itu, buat ini...sedangkan dia sendiri tak tahu untuk selesaikan kerja itu...hakikatnya dia dah menindas pekerja bawahan dia... Pelatih Pengurusan: Insya Allah tuan haji....kami semua akan cuba setiap perkara yang berkaitan sebelum kami nak arahkan atau lepaskan kerja kepada pekerja bawahan. *Realiti semasa, ramai pegawai menerima kredit daripada hasil kerja orang bawahan...ibarat lembu punya susu, sapi dapat nama...
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 06:56:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015